Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

[Gambar] Kekecohan sekitar sidang DUN Perak

tempat duduk yang selayaknya
sidan dun kecoh
sidan dun kecoh
sidan dun kecoh
sidan dun kecoh
sidan dun kecoh
sidan dun kecoh

sidan dun kecoh

dari web YB idhamlim

May 8, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , | No Comments Yet

Beri tumpuan kepada Penanti

Gusar, sebak dan sedih, itulah antara perasaan penulis ketika ini melihat pendokong Parti Islam begitu mudah dipermainkan oleh media dan dibuai penuh syahdu dengan ribuan pengunjung ke blog mereka. Blog merupakan alternatif kepada sumber berita dan menjadi medium utama untuk pimpinan sampai kepada rakyat mahupun penyokong. Malah, keputusan cemerlang Pakatan Rakyat dalam ujian PRU yang lalu juga kerana sumber blog dan internet yang menjadi sumber berita rakyat.

Namun, hari ini senjata yang hebat ini dilihat seolah-olah  ’makan tuan’ apabila blog-blog ini digunakan untuk tujuan yang memberi bahaya kepada Parti Pas. Pakatan Rakyat yang masih setahun jagung ini  seharusnya diberi kekuatan untuk bersaing dengan BN yang sudah semakin nyanyuk mencapai umur lebih separuh abad, tetapi dilihat hubungan antara mereka bergaya digoyahkan oleh media.

Barangkali kerana usia yang masih hijau ini, maka tidak pelik jika mereka sekali sekala kurang matang, tetapi jika di dalam PAS sendiri sudah ada yang menggunakan blog untuk memancung sahabat sendiri, penulis merasakan akhlak ini kurang wajar dilakukan oleh pejuang Islam.

Bermula dengan isu Ust. Nik Abduh yang melepaskn peluru tabur di dalam blog beliau kepada sahabt-sahabat sekeliling. Entah berapa puluh berita berjaya dicipta oleh akhbar perdana untuk santapan rakyat jelata. Tersenyum lebar para pimpinan UMNO membaca ulasan kurang cerdik ini. Pembantu Tuan Guru jumlahnya ramai, semestinya peluru ini terkena kepada mereka yang tidak bersalah dan terjadilah fitnah dalam jemaah. Apalah salahnya jika perkara ini dibangkitkan di dalam mesyuarat tertutp kerana sudah pasti pembantu yang dipercayai Tuan Guru mempunyai jawatan tertentu. Sebaran berita kepada umum nyata membawa faedah kepada BN.

Seharusnya tumpuan sekarang dihalakan ke Penanti yang menjadi medan pentempuran antara Pakatan Rakyat dengan BN. Banyak lagi urusan lain yang boleh dilakukan selain bertelagah sesama sendiri. Tidak suka dengan Penanti, halakan tumpuan ke Perak. Di sana ada YAB Nizar yang bertungkus lumus mempertahankan kerajaan negeri. Belum pun reda isu Ust Nik Abduh, timbul pula isu YB Husam-Ust Nasarudin. Aduhai, malang sungguh nasib kita. Lebih-lebih lagi ada antara mereka diapi-apikan oleh kononnya pendokong pas.

Ya, sudah semestinya Ust Nasarudin tiada masalah dengan Husam, tetapi tulisan Ust Nasa di dalam blog beliau yang femes itu membawa kepada ulasan yang pelbagai oleh media.Rakyat termasuk penulis, bahkan media sendiri tidak terfikir sampai ke tahap seperti yang ditulis oleh Ust Nasa. Mereka membaca sekali lalu apa yang ditulis oleh YB Husam tetapi bila diolah oleh Ust Nasa  secara mendalam nyata sekali isu ini dimainkan dengan cemerlang sekali oleh media. 

Aduhai, tidak bolehkah mereka saling mendapatkan antara satu sama lain untuk meminta jawapan? Bukankah Kelantan dan Pahang adalah berjiran? Kini di zaman moden ini tidak perlu berjalan kaki atau menaiki unta seperti Imam Bukhari yg mengumpul hadith. Tidak perlu bergerak, cukup sekadar menggunakan ibu jari untuk mendail telefon, bukan hujung jari menulis di blog. Atau mereka saling tidak menyimpan nombor telefon? Amatlah malang jika sampai ke tahap itu ukhuwwah antara pimpinan PAS.

Jika sesebuah blog itu ditulis oleh penulis kecilan seperti saya, tiada siapa yang akan peduli, tetapi jika ia ditulis oleh para pimpinan, sedarlah, media sentiasa mengintai blog anda. Tulisan anda mewakili jawatan yang anda sandang bahkan kadangkala mewakili parti. Berhentilah dari menulis tentnag sahabt sendiri.

May 7, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | No Comments Yet

Kabinet baru kerajaan Malaysia

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

 

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad bin Maslan
5. T.Murugiah

 

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

 

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

 

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

 

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

 

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri
 Datuk Hamzah Zainudin

 

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

 

 MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

 

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan Menteri
Fadillah Yusof

 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup

 

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

 

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

 

MENTERI KESIHATAN

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

 

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Maznah Mazlan

 

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

 

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri
Datuk Lajim Ukin

 

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri
Datin Paduka Chew Mei Fun

 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri
Datuk M.Saravanan

April 10, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , | No Comments Yet

Analisis Pemilihan Agong UMNO

Aku bukan ahli UMNO, malah bukan juga ahli kepada mana-mana pertubuhan politik, tetapi aku terpanggil untuk mengulas serba sedikit tentang Pemilihan Agung UMNO yang berlangsung dengan jayanya pada 24-28 Mac yang lalu.

Secara rasminya Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Presiden UMNO merangkap Presiden Barisan Nasional. Adakah beliau akan menduduki takhta kerajaan Malaysia? Itu belum pasti kerana Pak Lah belum mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Namun difahamkan Pak Lah akan berjumpa Yang Di Pertuan Agong pada 2 April nanti untuk memaklumkan perletakkan jawatan beliau dan JIKA DIBERI PERKENAN, Datuk Seri Najib akan mengisi jawatan tersebut. Di sebalik semua ini, rasa tidak enak juga kerana Presiden UMNO ini mempunyai pelbagai kontroversi yang menyelubungi.

Di akhir zaman ini, manusia tidak malu lagi untuk melakukan dosa bahkan berbangga dengan dosa yang dilakukan. Ini dibuktikan dengan bekas calon Timbalan Presiden yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka yang langsung tidak berasa bersalah dengan dosa yang dilakukan beliau.  Bahkan bangga dengannya sehingga tidak mahu melepaskan jawatan tertinggi di dalam kerajaan Negeri Melaka. Malang sekali rakyat Melaka yang berketuakan seorang perasuah yang telah terang-terangan didapati bersalah.

Datuk Seri Shahrizat Abd jalil yang telah pun diberi isyarat jelas oleh rakyat Lembah Pantai bahawa rakyat menolak mereka tetapi masih diberi talian hayat oleh UMNO untuk terus berkhidmat di dalam kerajaan mengalahkan Tan Sri Rafidah yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Barangkali kerana mereka telah muak dengan tokoh vateren tersebut dan tiada pilihan lain selain Datuk Seri Shahrizat.

Bagaimana pula dengan Pemuda? Tidak perlu dijelaskan dengan lebih mendalam lagi. Orang yang telah didapati bersalah, tetapi tidak dihukum bahkan diberi peluang untuk bertanding, kemudian dipilih menerajui barisan paling hadapan dalam UMNO. Apakah yang boleh diharapkan lagi bilamana perasuah diberi kedudukan yang paling tinggi dalam sesebuah pergerakan.

Resolusi agama dari Perhimpunan Agong amat baik sebenarnya. Sama juga 10 prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah. Ketepikan seketika istilah kontroversi itu kerana kandungannya yang baik itu. Bahkan resolusi dan prinsip itu boleh digabung jalinkan untuk membentuk satu silibus usrah yang mantap. Namun sayang, resolusi hanya tinggal resolusi, prinsip hanya tinggal prinsip apabila orang yang terang-terangan tidak mahukan Islam berada di atas.

Ayuh, rakyat Bukit Gantang, pilihlah pemimpin yang komited dan berguna kepada Islam. Kalau dalam perkara jelas sebegini masih ada yang sangsi, cuba cek balik apa yang patut.

March 31, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , , | No Comments Yet

Bacaan Politik P Ramlee tepat

Situasi politik Malaysia khususnya di Perak masih terumbang ambing tanpa penyelesaian. Hal ini sebenarnya teramat mudah untuk diselesaikan iaitu dengan mengadakan Pilihanraya Negeri bagi memilih kerajaan yang betul-betul stabil. Asalnya UMNO mampu mengambil alih kerajaan dengan cara aman dengan menunggu persidangan DUN diadakan dan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB Nizar, namun sikap gila kuasa dan risau perancangan tidak jadi menyebabkan mereka mengambil jalan pintas dengan mengheraet istana ke politik. Asalnya hanya sedahan lagi perlu dipijak tetapi mereka gopoh dengan terus melompat untuk mengambil buah itu menyebakan mereka terjatuh.

‘Alif- mim- nun- wau = sarkis’ Begitulah dialog yang sering diingati oleh peminat filem Pendekar Bujang Lapok ini. Sekali dengar mungkin tidak perasan terhadap ejaan ini dan sebenarnya isu ini pun sudah lama didedahkan.

Cuma yang terbaru adalah tentang kerajaan di bawah pokok. Persidangan DUN di bawah pokok pasti mengingatkan kita dengan filem Laksamana Do Re Mi bagaimana rampasan kuasa oleh Fasola menyebabkan kerajaan Negeri Pasir Dua Butir mendirikan kerajaan di bawah pokok. Sungguh bertuah pokok sena yang jadi saksi kepada persidangan dalam sejarah ini. 

Kerajaan BN lebih suka mengacau kerajaan negeri daripada berkhidmat untuk rakyat. Barangkali kerana mereka tidak mahu rakyat mengecapi keselesaan di bawah kerajaan pakatan rakyat yang gagal mereka beri dulu.

March 4, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | No Comments Yet

UMNO pejuang bangsa, setia pada Raja

Siapa tidak kenal UMNO, sebuah parti yang mengaku sebagai pejuang bangsa Melayu dengan namanya United Malay National Organization. Wah, nama yang menunjukkan semangat kebangsaan yang tinggi. Bukan hanya namanya di dalam bahasa Inggeris yang memberikan kemerdekaan bersyarat, bahkan mahu menjulang bahasa tersebut walaupun terpaksa mengorbankan anak bangsa sendiri. Atas tiket untuk memajukan anak bangsa, ditukarkan kaedah pengajaran sains dan matematik dari Bahasa Ibunda kepada bahasa penjajah.

Bukanlah penulis seorang yang anti-Bi tetapi idea yang diwujudkan ini keluar dari mulut Tun Mahathir sacara spontan lalu diambil perhatian oleh para pengampu seolah-olah wahyu baru turun dari langit. Walaupun terdapat bantahan dari ahli akademik, ianya tidak dihiraukan kerana kata-kata Tun Mahathir lebih bernilai dari segalanya. Boleh ampu skit.

UMNO juga begitu bersungguh untuk membela melayu apabila taraf hidup melayu tidak berubah dari dulu. Kononnya membela melayu tetapi yang kaya terus kaya, yang miskin terus menagih simpati bersamamu. Jika dulu melayu jauh ketinggalan dari Cina, sekarang melayu makin jauh dari bangsa cina dan ditinggalkan oleh India. Ape halnya?

Lepas gagal membela nasib melayu, dicanangkan jasa-jasanya seperti memberi hutang riba kepada mahasiswa melalui PTPTpu. Mahasiswa dikatakan tidak bersyukur kepada kerajaan atas anugerah riba ini. Malang sungguh nasib melayu.

Kesetiaan UMNO kepada raja-raja melayu tidak berbelah bagi. Raja mana tidak dicari pasal oleh UMNO. Selepas menarik kuasa raja-raja, selepas memanggil raja sebagai natang, selepas melarikan anak raja dll, kini UMNO datang kembali untuk membela raja. Selepas menarik istana Perak ke kancah politik, mereka terus ke Selangor dan Kedah. Di kedah, hanya kerana surat layang yang tidak diketahui siapa penulisnya, mereka bertindak seperti orang gila bagi membuktikan kesetiaan kepada raja. Sungguh bertuah raja-raja ini memiliki rakyat yang setia ini.

March 2, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , | No Comments Yet

Bila katak mula berkokok

Berkokok adalah sifat seekor ayam. Tidak pernah kita melihat katak berkokok, tapi apa akan jd bila katak mula berkokok. Entry kali ini ditulis dengan penuh emosi apabila geram dengan tindakan seorang MP dari Kelantan yang suka berkokok bagi mencari publisiti. Berhujah bagaikan hero seolah-olah dia saja yang betul dan dia apa yang dilakukan orang lain semuanya karut. 

Sifat katak pada dirinya menyebabkan dia dihumban oleh kumpulan sendiri menyebabkan beliau mencari identiti tersendiri. Cuba melawan arus akhirnya kecundang dan tersepit dek kerana tsunami yang melanda. Lemas kerana tiada tempat berpaut.  Tiada sesiapa yang mempedulikannya sehingga beliau terpaksa merayu belas ihsan Tuan Guru untuk kembali ke Parlimen. Barangkali kerana sedar kudrat dan pengaruhnya makin lemah,  Parti Islam dilihat sebagai penyelamat yang akan membawa beliau kembali ke Parlimen.  Barangkali kerana kesian melihat katak yang tersepit selepas terhumban dan menganggap sudah  ada sinar keinsafan selepas tersepit sekian lama, restu Tuan guru membebaskan beliau dari tersepit. walaupun terpaksa mengetepikan perasan penyokong Parti Islam. lalu apa yang terjadi? Bagaikan melepaskan anjing tersepit, digigit kembali tangan yang melepaskannya selepas berjaya mendapat kedudukan yang baik.

Barangkali inilah politik. Berpaut pada sesiapa saja ketika lemas. Sudah selamat, dahan tmpat berpaut dilepaskan bahkan dipijak-pijak. Lupa bahawa dia hampir lepas dan dahan itu yang menyelamatkannya dulu. Malang sekali jika kita menjadi seperti ini. 

Biarkanlah dia berkokok sepuas hati untuk penggal terakhir ini. Barangkali ingin melepaskan gian selepas sudah lama tidak berada di kerusi empuk itu. Cuba menjadi hero kepada rakyat, tapi diri sendiri tidak berprinsip. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

February 20, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | | No Comments Yet

PM terperangkap dalam lif

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

abdullah ahmad badawi pak lah parliament pc 101208 02Turut terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.

Ekoran itu, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas beliau merasmikan majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di pusat tersebut.

Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.

Menurut sumber, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.

Menurutnya, beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.

“Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut.

Sementara itu, difahamkan seorang pembantu perdana menteri telah meminta wakil-wakil media supaya tidak melapor atau menyiarkan gambar insiden tersebut.

Sumber itu berkata ketua pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.

 

sumber : malaysiakini

February 13, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | | No Comments Yet

Kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Buangan

 

IPOH, 12 Feb,:-Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi.

“Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan’ Katanya..

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan anak-anak yang bersekolah. Keputusan ini juga tidak memudaratkan proses mahkamah kami.

“Pakatan Rakyat akan hadir dalam Majlis Jubli Perak pada 14 Februari ini, bersama dengan pimpinan dan seluruh Sultan, pembesar negara termasuk Sultan Brunei.” Umum beliau.

Menganai kenapakah difailkan kes di Mahkamah Kuala Lumput, Ir. Nizar mengatakan “kami merasakan oleh beberapa hal yang perlu diambil kira, kita dinasihatkan oleh peguam kita “

Sebahagian wartawan yang hadir.


Menteri Besar juga menjelaskan kenderaan diletakkan di sini sehingga selesai kes mahkamah dan akan gunakan kenderaan peribadi .

Mengenai tempat mesyuarat dan pertemuan lain beliau menyatakan akan diadakan tempat lain yang difikirkan sesuai, Dia mengistilahkan Kerajaan pakatan Rakyat sebagai “kerajaan buangan”.

Bila menjawab berkenaan dengan perhimpunan di Kuala Kangsar,Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR tidak terlibat dalam menghimpunkan rakyat itu.

Menjawab soalan berkaitan kes di mahkamah, Dato’ Ngeh Koo Ham berkata akan dibuat esok pada jam 11.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan satu team peguam seramai 12peguam yang telah dipanelkan.

Ditanya mengenai perasaan bila ingin keluar dari Kediaman Rasmi, katanya ” perasaan saya nak keluar seperti berhijrah sebentar dan balik semula ke Markah “.

Ir. Nizar juga menyatakan keyakinannya akan kembali ke kediaman rasmi .

Mengulas Isu pelantikan 4 orang setaraf exco beliau mengatakan ia diputuskan sebelum sebelum exco mesyuarat dan wang rakyat telah dibazirkan dengan pelantikan itu..

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu ketika diminta mengulas mengenai calon Bukit Gantang beliau menjawab ” belum lagi, terlalu awal “.

February 12, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | | No Comments Yet

Nizar : Penderhaka atau mohon derhaka

Media kerajaan milik rakyat Malaysia sudah gagal berfikiran rasional. Berbagai tohmahan dan kritikan serta cacian dihamburkan kepada MB Nizar. paling nyata apabila kenyataan ‘patik pohon derhaka’ dianggap sebagai penderhakaan kepada sultan seperti penderhakaan Hang Jebat yang menimbulkan huru-hara di Perak.

Walaupun penulis lebih menghormati Hang Jebat dari Hang Tuah, namun tindakan YAB Ir Nizar tidaklah sampai kepada ingin berlawan dengan Sultan. Kenyataan tersebut hanyalah menggunakan bahasa yang sepatutnya untuk menunjukkan titah raja itu adalah salah. Sultan Perak adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Darah Tuanku juga merah seperti rakyat kebanyakan dan Tuanku juga adalah umat Nabi SAW dan Hamba Allah yang Esa. Sudah tentu titah tuanku juga ada yang silap. Hanya quran dan hadith saja yang tidak boleh dicanggahi. Lantas, YAB Nizar memohon derhaka kepada Tuanku untuk tidak menurut apa yang dipinta kerana ianya bersalahan dengan apa yang sepatutnya.

Barangkali Sunnah kepimpinan ini dapat difahami oleh semua tentang pentingnya mempertahankan amanah ini.

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.

February 10, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , | 6 Comments