Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Bacaan Politik P Ramlee tepat

Situasi politik Malaysia khususnya di Perak masih terumbang ambing tanpa penyelesaian. Hal ini sebenarnya teramat mudah untuk diselesaikan iaitu dengan mengadakan Pilihanraya Negeri bagi memilih kerajaan yang betul-betul stabil. Asalnya UMNO mampu mengambil alih kerajaan dengan cara aman dengan menunggu persidangan DUN diadakan dan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB Nizar, namun sikap gila kuasa dan risau perancangan tidak jadi menyebabkan mereka mengambil jalan pintas dengan mengheraet istana ke politik. Asalnya hanya sedahan lagi perlu dipijak tetapi mereka gopoh dengan terus melompat untuk mengambil buah itu menyebakan mereka terjatuh.

‘Alif- mim- nun- wau = sarkis’ Begitulah dialog yang sering diingati oleh peminat filem Pendekar Bujang Lapok ini. Sekali dengar mungkin tidak perasan terhadap ejaan ini dan sebenarnya isu ini pun sudah lama didedahkan.

Cuma yang terbaru adalah tentang kerajaan di bawah pokok. Persidangan DUN di bawah pokok pasti mengingatkan kita dengan filem Laksamana Do Re Mi bagaimana rampasan kuasa oleh Fasola menyebabkan kerajaan Negeri Pasir Dua Butir mendirikan kerajaan di bawah pokok. Sungguh bertuah pokok sena yang jadi saksi kepada persidangan dalam sejarah ini. 

Kerajaan BN lebih suka mengacau kerajaan negeri daripada berkhidmat untuk rakyat. Barangkali kerana mereka tidak mahu rakyat mengecapi keselesaan di bawah kerajaan pakatan rakyat yang gagal mereka beri dulu.

March 4, 2009 - Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment