UMNO pejuang bangsa, setia pada Raja
Siapa tidak kenal UMNO, sebuah parti yang mengaku sebagai pejuang bangsa Melayu dengan namanya United Malay National Organization. Wah, nama yang menunjukkan semangat kebangsaan yang tinggi. Bukan hanya namanya di dalam bahasa Inggeris yang memberikan kemerdekaan bersyarat, bahkan mahu menjulang bahasa tersebut walaupun terpaksa mengorbankan anak bangsa sendiri. Atas tiket untuk memajukan anak bangsa, ditukarkan kaedah pengajaran sains dan matematik dari Bahasa Ibunda kepada bahasa penjajah.
Bukanlah penulis seorang yang anti-Bi tetapi idea yang diwujudkan ini keluar dari mulut Tun Mahathir sacara spontan lalu diambil perhatian oleh para pengampu seolah-olah wahyu baru turun dari langit. Walaupun terdapat bantahan dari ahli akademik, ianya tidak dihiraukan kerana kata-kata Tun Mahathir lebih bernilai dari segalanya. Boleh ampu skit.
UMNO juga begitu bersungguh untuk membela melayu apabila taraf hidup melayu tidak berubah dari dulu. Kononnya membela melayu tetapi yang kaya terus kaya, yang miskin terus menagih simpati bersamamu. Jika dulu melayu jauh ketinggalan dari Cina, sekarang melayu makin jauh dari bangsa cina dan ditinggalkan oleh India. Ape halnya?
Lepas gagal membela nasib melayu, dicanangkan jasa-jasanya seperti memberi hutang riba kepada mahasiswa melalui PTPTpu. Mahasiswa dikatakan tidak bersyukur kepada kerajaan atas anugerah riba ini. Malang sungguh nasib melayu.
Kesetiaan UMNO kepada raja-raja melayu tidak berbelah bagi. Raja mana tidak dicari pasal oleh UMNO. Selepas menarik kuasa raja-raja, selepas memanggil raja sebagai natang, selepas melarikan anak raja dll, kini UMNO datang kembali untuk membela raja. Selepas menarik istana Perak ke kancah politik, mereka terus ke Selangor dan Kedah. Di kedah, hanya kerana surat layang yang tidak diketahui siapa penulisnya, mereka bertindak seperti orang gila bagi membuktikan kesetiaan kepada raja. Sungguh bertuah raja-raja ini memiliki rakyat yang setia ini.
