Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Analisis Pemilihan Agong UMNO

Aku bukan ahli UMNO, malah bukan juga ahli kepada mana-mana pertubuhan politik, tetapi aku terpanggil untuk mengulas serba sedikit tentang Pemilihan Agung UMNO yang berlangsung dengan jayanya pada 24-28 Mac yang lalu.

Secara rasminya Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Presiden UMNO merangkap Presiden Barisan Nasional. Adakah beliau akan menduduki takhta kerajaan Malaysia? Itu belum pasti kerana Pak Lah belum mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Namun difahamkan Pak Lah akan berjumpa Yang Di Pertuan Agong pada 2 April nanti untuk memaklumkan perletakkan jawatan beliau dan JIKA DIBERI PERKENAN, Datuk Seri Najib akan mengisi jawatan tersebut. Di sebalik semua ini, rasa tidak enak juga kerana Presiden UMNO ini mempunyai pelbagai kontroversi yang menyelubungi.

Di akhir zaman ini, manusia tidak malu lagi untuk melakukan dosa bahkan berbangga dengan dosa yang dilakukan. Ini dibuktikan dengan bekas calon Timbalan Presiden yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka yang langsung tidak berasa bersalah dengan dosa yang dilakukan beliau.  Bahkan bangga dengannya sehingga tidak mahu melepaskan jawatan tertinggi di dalam kerajaan Negeri Melaka. Malang sekali rakyat Melaka yang berketuakan seorang perasuah yang telah terang-terangan didapati bersalah.

Datuk Seri Shahrizat Abd jalil yang telah pun diberi isyarat jelas oleh rakyat Lembah Pantai bahawa rakyat menolak mereka tetapi masih diberi talian hayat oleh UMNO untuk terus berkhidmat di dalam kerajaan mengalahkan Tan Sri Rafidah yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Barangkali kerana mereka telah muak dengan tokoh vateren tersebut dan tiada pilihan lain selain Datuk Seri Shahrizat.

Bagaimana pula dengan Pemuda? Tidak perlu dijelaskan dengan lebih mendalam lagi. Orang yang telah didapati bersalah, tetapi tidak dihukum bahkan diberi peluang untuk bertanding, kemudian dipilih menerajui barisan paling hadapan dalam UMNO. Apakah yang boleh diharapkan lagi bilamana perasuah diberi kedudukan yang paling tinggi dalam sesebuah pergerakan.

Resolusi agama dari Perhimpunan Agong amat baik sebenarnya. Sama juga 10 prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah. Ketepikan seketika istilah kontroversi itu kerana kandungannya yang baik itu. Bahkan resolusi dan prinsip itu boleh digabung jalinkan untuk membentuk satu silibus usrah yang mantap. Namun sayang, resolusi hanya tinggal resolusi, prinsip hanya tinggal prinsip apabila orang yang terang-terangan tidak mahukan Islam berada di atas.

Ayuh, rakyat Bukit Gantang, pilihlah pemimpin yang komited dan berguna kepada Islam. Kalau dalam perkara jelas sebegini masih ada yang sangsi, cuba cek balik apa yang patut.

March 31, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , , | No Comments Yet

Bacaan Politik P Ramlee tepat

Situasi politik Malaysia khususnya di Perak masih terumbang ambing tanpa penyelesaian. Hal ini sebenarnya teramat mudah untuk diselesaikan iaitu dengan mengadakan Pilihanraya Negeri bagi memilih kerajaan yang betul-betul stabil. Asalnya UMNO mampu mengambil alih kerajaan dengan cara aman dengan menunggu persidangan DUN diadakan dan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB Nizar, namun sikap gila kuasa dan risau perancangan tidak jadi menyebabkan mereka mengambil jalan pintas dengan mengheraet istana ke politik. Asalnya hanya sedahan lagi perlu dipijak tetapi mereka gopoh dengan terus melompat untuk mengambil buah itu menyebakan mereka terjatuh.

‘Alif- mim- nun- wau = sarkis’ Begitulah dialog yang sering diingati oleh peminat filem Pendekar Bujang Lapok ini. Sekali dengar mungkin tidak perasan terhadap ejaan ini dan sebenarnya isu ini pun sudah lama didedahkan.

Cuma yang terbaru adalah tentang kerajaan di bawah pokok. Persidangan DUN di bawah pokok pasti mengingatkan kita dengan filem Laksamana Do Re Mi bagaimana rampasan kuasa oleh Fasola menyebabkan kerajaan Negeri Pasir Dua Butir mendirikan kerajaan di bawah pokok. Sungguh bertuah pokok sena yang jadi saksi kepada persidangan dalam sejarah ini. 

Kerajaan BN lebih suka mengacau kerajaan negeri daripada berkhidmat untuk rakyat. Barangkali kerana mereka tidak mahu rakyat mengecapi keselesaan di bawah kerajaan pakatan rakyat yang gagal mereka beri dulu.

March 4, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | No Comments Yet

UMNO pejuang bangsa, setia pada Raja

Siapa tidak kenal UMNO, sebuah parti yang mengaku sebagai pejuang bangsa Melayu dengan namanya United Malay National Organization. Wah, nama yang menunjukkan semangat kebangsaan yang tinggi. Bukan hanya namanya di dalam bahasa Inggeris yang memberikan kemerdekaan bersyarat, bahkan mahu menjulang bahasa tersebut walaupun terpaksa mengorbankan anak bangsa sendiri. Atas tiket untuk memajukan anak bangsa, ditukarkan kaedah pengajaran sains dan matematik dari Bahasa Ibunda kepada bahasa penjajah.

Bukanlah penulis seorang yang anti-Bi tetapi idea yang diwujudkan ini keluar dari mulut Tun Mahathir sacara spontan lalu diambil perhatian oleh para pengampu seolah-olah wahyu baru turun dari langit. Walaupun terdapat bantahan dari ahli akademik, ianya tidak dihiraukan kerana kata-kata Tun Mahathir lebih bernilai dari segalanya. Boleh ampu skit.

UMNO juga begitu bersungguh untuk membela melayu apabila taraf hidup melayu tidak berubah dari dulu. Kononnya membela melayu tetapi yang kaya terus kaya, yang miskin terus menagih simpati bersamamu. Jika dulu melayu jauh ketinggalan dari Cina, sekarang melayu makin jauh dari bangsa cina dan ditinggalkan oleh India. Ape halnya?

Lepas gagal membela nasib melayu, dicanangkan jasa-jasanya seperti memberi hutang riba kepada mahasiswa melalui PTPTpu. Mahasiswa dikatakan tidak bersyukur kepada kerajaan atas anugerah riba ini. Malang sungguh nasib melayu.

Kesetiaan UMNO kepada raja-raja melayu tidak berbelah bagi. Raja mana tidak dicari pasal oleh UMNO. Selepas menarik kuasa raja-raja, selepas memanggil raja sebagai natang, selepas melarikan anak raja dll, kini UMNO datang kembali untuk membela raja. Selepas menarik istana Perak ke kancah politik, mereka terus ke Selangor dan Kedah. Di kedah, hanya kerana surat layang yang tidak diketahui siapa penulisnya, mereka bertindak seperti orang gila bagi membuktikan kesetiaan kepada raja. Sungguh bertuah raja-raja ini memiliki rakyat yang setia ini.

March 2, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , | No Comments Yet