Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Nizar : Penderhaka atau mohon derhaka

Media kerajaan milik rakyat Malaysia sudah gagal berfikiran rasional. Berbagai tohmahan dan kritikan serta cacian dihamburkan kepada MB Nizar. paling nyata apabila kenyataan ‘patik pohon derhaka’ dianggap sebagai penderhakaan kepada sultan seperti penderhakaan Hang Jebat yang menimbulkan huru-hara di Perak.

Walaupun penulis lebih menghormati Hang Jebat dari Hang Tuah, namun tindakan YAB Ir Nizar tidaklah sampai kepada ingin berlawan dengan Sultan. Kenyataan tersebut hanyalah menggunakan bahasa yang sepatutnya untuk menunjukkan titah raja itu adalah salah. Sultan Perak adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Darah Tuanku juga merah seperti rakyat kebanyakan dan Tuanku juga adalah umat Nabi SAW dan Hamba Allah yang Esa. Sudah tentu titah tuanku juga ada yang silap. Hanya quran dan hadith saja yang tidak boleh dicanggahi. Lantas, YAB Nizar memohon derhaka kepada Tuanku untuk tidak menurut apa yang dipinta kerana ianya bersalahan dengan apa yang sepatutnya.

Barangkali Sunnah kepimpinan ini dapat difahami oleh semua tentang pentingnya mempertahankan amanah ini.

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.

February 10, 2009 - Posted by ririey | Uncategorized | , , | 6 Comments

6 Comments »

  1. mungkinkah penderhaka itu layak diderhakai????

    adakah raja dan keluarganya x mendehakai hukum Allah??
    permaisuri raja berpakaian mengikut titah Allah atau tidak??
    pastikah kita semua acara dan istiadat istana tak melanggar titah perintah Allah??

    p/s:bukan ditujukan secara individu kpd sultan perak.
    sekadar mahu kalian semua merenung antara derhaka kepada Pencipta atau derhaka sesama manusia yg mana lebih berat hukumnya??
    mufti2 silalah ubah pihak istana andai anda benar2 sygkan islam..gegarkan istana2 yg jahil dgn suara kalian wahai para mufti
    TAKBIR!!!!

    Comment by ketdagreat | February 10, 2009 | Reply

  2. derhaka kepada Pencipta boleh bertaubat beristifar bersolat bersedekah dan banyakan solat taubat. menderhaka kepada sultan atau sesama manusia lebih berat selagi tidak memohon maaf tanggonglah akibatnya dan kita tengok apa akan jadi pada penderhaka nizar dan anwar. karpal dah tentu karam dia bukan islam

    Comment by salmah | February 13, 2009 | Reply

  3. Terima kasih sekali lagi atas komentar makcik sal

    Nampak seperti makcik sal tidak memahami kandungan artikel saya. Jika kita melakukan dosa kepada manusia lain, memang kita perlu meminta maaf dari mereka. namun siapa yang melakukan kezaliman kepada rakyat Perak? Perbuatan menegur titah Tuanku Sultan bukanlah penderhakaan, malah jika dilihat dari aspek tugas seorang MB adalah menasihat sultan.

    Di manakah makcik sal ketika Sultan dihina dengan panggilan ‘natang’ suatu ketika dulu?

    Kepada ketdagreat, terima kasih atas komentar, barangkali makcik sal juga boleh mengambil pengajaran darinya.

    Jangan pula kita lantang hanya bila orang menderhaka Sultan tetapi tidak terasa apa-apa bila orang menderhaka kepada Allah, Pencipta kita

    Comment by ririey | February 16, 2009 | Reply

  4. mane pergi pak munawir?

    Comment by yatim | February 17, 2009 | Reply

  5. makcik sal ni isteri kpd pak munawir ke? kem slm ek

    Comment by yatim | February 17, 2009 | Reply

  6. Barangkali Pak Munawir sedang sibuk dengan persiapan untuk ke Perhimpunan Aging UMNO.
    Adapaun makcik sal ini tidak dapat dipastikan hubungannya dengan Pak Munawir. Mungkin ada bau bau bacang jg

    Comment by ririey | February 18, 2009 | Reply


Leave a comment