Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Pro-Mahasiswa kuasai Majlis Perwakilan Mahasiswa UM

Kumpulan pro-mahasiswa (Pro-M) berjaya merampai kembali Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM apabila berjaya berjaya mengatasi kumpulan penggerak mahasiswa (sebelulm ini dikenali sebagai aspirasi) dengan kelebihan 1 kerusi. Kumpulan Pro-M berjaya menawan MPMUM selepas memenangi 8 dari 9 kerusi umum dan 13 dari 16 kerusi fakulti dalam pilihanraya kampus (PRK) yang berlangsung sengit di Uni Perdana ini.

Kemenangan ini agak memeranjat kerana selepas diselubungi beberapa kontroversi dan tekanan, akhirnya pro-M berjaya juga mengharungi dugaan ini. Antara isu yang hangat menjelang pilihanraya kampus UM ini adalah, isu seorang calon Pro-M yang cuba dirasuah untuk bertanding atas tiket Penggerak mahasiswa. Selain itu, serbuan ke sebuah rumah penyokong Pro-M dan bilik Gerakan UMANY serta rampasan laptop atas tuduhan ’surat rasuah palsu’ juga mewarnai PRK pada kali ini. Yang paling menyayat hati adalah isu kepala babi di Masjid Akademi Pengajian Islam UM. Kekurangan calon yang berkaliber  dari team penggerak Mahasiswa dikatakan punca utama kekalahan mereka. Kekurangan ini menyebabkan  mereka terpaksa meminta ahli PMIUM, Saudara Rizal  untuk menjadi calon mereka. PMIUM adalah pendokong utama Pro-M.

Calon Pro-M berjaya menawan kerusi fakulti Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakuti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Bahasa, Pusat Kebudayaan dan Fakulti Pendidikan. Calon pro-M hampir memenangi kerusi Fakulti Sastera dan sains sosial, namun kiraan ketiga berjaya dimenangi oleh calon Penggerak dengan majoriti 3 undi.

Penulis sempat bersama Pro-M dan Penggerak Mahasiswa menunggu keputusan diumumkan di DTC. Semasa pengiraan undi, Semua mahasiswa kecuali calon dan wakil calon tidak dibenarkan masuk ke DTC dan mereka berkampung di depan DTC sambil menyemarakkan semangat penyokong masing-masing. Bermula jam 8 malam sehingga keputusan diumumkan pada jam 3.30 pagi, pelbagai sorakan dan laungan kedengaran. Antaranya ‘hidup mahasiswa’, ’student power’, gerak perpaduan, ‘benci rasuah’ , ‘boneka HEP’  dan sebagainya. Ia kadangkala diselang seli dengan nyanyian lagu UM dan negaraku. Kumpulan penyokong ini dikawal dengan baik oleh Pengawal keselamatan dan anggota polis SUKSIS walaupun terdapat sedikit kekalutan.

Mahasiswa cina dan india juga dilihat bersemangat menyokong Pro-M dan mereka sebenarnya banyak membantu jentera pro-M. Nyataka semangat dan kesungguhan mereka untuk berubah merentasi agama dan kepercayaan. “Mahasiswa india tolong cat banner mahasiswa melayu dan mahasiswa melayu menolong mahasiswa cina dengan perasaan saling percaya. Ini sukar dilihat pada pilihanraya sebelumnya”, kata seorang wakil pro-M.

InshaAllah pada posting akan datang, penulis akan menyiarkan beberapa gambar peristiwa yang berlaku pada malam itu. Kepada yang menang, takziah di atas beban amanah ini dan gunakan kesempatan ini untuk membalas kepercayaan mahasiswa yang berani melawan arus untuk mengundi anda. Dengan peratusan keluar mengundi calon luar kampus yang rendah, undi calon kolej kediaman sebenarnya yang banyak membantu memenangkan calon Pro-M.

Menurut sumber dari seorang wakil calon, jumlah calon luar kampus bukan saja sedikit, malah banyak undi yang sedikit ini rosak kerana pangkah melebihi line. Apapun, moga kemenangan ini dapat dikekalkan. Mengekalkan kemenangan itu lebih sudah dari menciptanya. Nah, sekarang sudah terbukti pembuangan undi di kolej kediaman tidak lagi menjadi punca kekalan. Alasan ini sudah tidak relevan lagi dan fikirlah bagaimana untuk mengekalkan momentum kemenangan ini dan bagaimana pula pengisiannya. Kerusi MPM bukanlah kerusi empuk untuk anda bangga-banggakan kerana jika ini yang berlaku, anda tidak ubah seperti Aspirasi yang berwajah Pro-M. Renung-renungkanlah!!!

January 20, 2009 - Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , , , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment