Kepala Babi di Masjid Universiti Malaya [Gambar]
(gambar dari : mahasiswakini)
Ketika provokasi UMNO berhubung isu hudud digemburkan di pilihanraya Kuala Terengganu, lain pula yang berlaku di Pilihanraya Kampus Universiti Malaya. Provakasi yang lebih hebat berlaku di uni Perdana ini apabila kepala babi ditemui di Masjid Akademi Pengajian Islam. Saya mengetahui berita ini menerusi sms dari seorang kawan yang belajar di sana sebelum mebaca laporan terperinci dari Malaysiakini. Menurut sumber Malaysiakini, kepala babi ini diletakkan di atas bendera sebuah Parti politik pembangkang Malaysia.
Seluruh mahasiswa seharusnya memandang serius isu ini dan tidak meletakkan tanggungjawab di atas beberapa individu atau persatuan saja. Penghinaan terhadap Islam ini bukanlah kali pertama berlaku ke atas tempat ibadat umat Islam. Pada tahun lepas, surau di kolej kediaman kedua (Kolej tuanku bahiyah) di conteng dengan tulisan india, namun pada kali ini tindakan lebih berani dilakukan oleh golongan laknat ini. Jika tidak dibendung, entah apa lagi yang akan akan berlaku tahun hadapan.
Apapun, usahlah terpengaruh dengan provokasi ini sebaliknya tanganilah dengan lebih bijak. Sama halnya dengan kes hudud di Kuala Terengganu, jika terlalu melayan provokasi UMNO, tidak akan berjayalah kempen kepada golongan sasar yang jauh lebih penting bagi memastikan kemenangan Islam di sana.
Apa kaitannya babi dengan pilihanraya kampus? Kesian pada makhluk Allah yang tak tau pape tu

Masya Allah…!Sanggup kah kita sebagai ummat Islam membiarkan setiap penghinaan seperti ini berlaku di kalangan masyarakat kita sedangkan kita cukup berbangga dengan negara kita sebagai sebuah Negara Islam kononnya,tetapi mengapa bila Islam dihina dan diperkotak-katikkan tidak ada siapapun yang berani tampil bersuara? Inilah akibatnya kalau kita sesama Islam sanggup berebut ‘kuasa’ semata-mata hanya kerana kedudukan dalam politik yang belum tentu apa-apa.Fikir-fikirkanlah !
Comment by Anok Beta Hulu | January 17, 2009 |
sekarang bukan masenye utk kite menyalahkan dan menuding jari antr satu same lain.isu ini melibatkan maruah islam.tntunya bkn shj melbtkan pihak pro m ttp juga aspirasi.sepatutnye kedua2 pihak bersama2 berkerjasama utk menangani masalah ini.islam bkn mlk sesebuah parti,tp mlk semua umat islam tnp mengira parti apa sekalipun.
Comment by pemikir | January 17, 2009 |
as’kum, buat para siswa UM, bertenang dan tangani provokasi dengan berhemat. Sucikan lah tempat makluk Allah tu diletak, semoga Allah menyucikan hati-hati kita. Amin
Comment by eacan | January 17, 2009 |
[...] kemunculan Babi di UM Pada posting yang lepas, saya telah mengulas tentang isu [...]
Pingback by Disebalik kemunculan Babi di UM « Mujahid Muda | January 17, 2009 |
Anok beta hulu,
terima kasih atas komen yang diberikan. Apabila kepentingan diri lebih diutamakan, agama akan dibiarkan dihina. Sebab itu media tidak highlightkan isu ini.
pemikir,
Actions speak louder than words. Kalau cakap saja tanpa tunjukkan usaha ke arah tegakkan Islam, usah bicara ‘kami perjuangkan islam’. Juga tidak mustahil ianya dilakukan oleh orang muslim yang berkepentingan. Musuh yang bahaya adalah musuh di dalam.
eacan,
Moga mahasiswa bijak menggunakan aqal
Comment by ririey | January 17, 2009 |
ya ALLAH…SMG MEREKA YG TERLIBAT DENGAN PROPAGANDA INI MENERIMA BALASAN YANG SETIMPAL…AMIN..
Comment by Norainidullah | January 17, 2009 |
korang buat je sembahyang hajat..biar yg buat tu jadi manusia kepala babi pertama di malaysia…
Comment by deen otai | January 17, 2009 |
Terima kasih atas komen saudari norainidullah… Ameen
deen otai, saudara mmg btul2 otai
Comment by ririey | January 17, 2009 |
[...] ’surat rasuah palsu’ juga mewarnai PRK pada kali ini. Yang paling menyayat hati adalah isu kepala babi di Masjid Akademi Pengajian Islam UM. Kekurangan calon yang berkaliber dari team penggerak [...]
Pingback by Pro-Mahasiswa kuasai Majlis Perwakilan Mahasiswa UM « Mujahid Muda | January 20, 2009 |
macamana perkara ni buleh berlaku di akademi Islam UM.
sungguh menghairankan dan menjijikkan….
rasa tercabar kita sebagai umat islam
siapa punya angkara ni….
harap pihak polis dan UM siasat dan tidak mendiamkan perkara tersebut…..ini melibatkan maruah….
Comment by aris | January 20, 2009 |
sungguh mengaibkan umat islam..smg allah melaknat kehidupan nya sepanjang hayat..amin..
Comment by shatershater.. | January 20, 2009 |
aris, kadangkala kita tidak perasan musuh yang ada dalam selimut kita,so tidak mustahil ia dilakukan oleh orang Islam sendiri.
shatershater, lagi memalukan jika dilakukan oleh orang yang mengaku Islam
Comment by ririey | January 21, 2009 |
Siapakah pelakunya? Sudah pasti bukan Pakatan Rakyat! Kalau kepala babie sahaja takpe… mungkin org bukan Islam. Tapi bila dibungkus dengan bendera PAS itu insya Allah orang UMNO atau juak-juak UMNO… Moga Allah swt membelah kepala orang yang berbuat demikian! Amin. Wallahu ‘alam.
Comment by Ammy | January 21, 2009 |
bagi saya umat islam sekarang ni tak perihatin kepada tempat ibadat. adakah hantu yang letak kepala babi tu?. tak kan seorang manusia tak ada di sekitar masjid tu. kau orang buat apa sehingga tak nampak langsung manusia bawa kepala babi dalam masjid. saya syorkan siapa yang bertanggungjawab kepada masjid tu perhatikan sebilang masa kehadiran manusia berkepala babi di sekitar masjid. jika dapat tangkap manusia kepala babi tu belasahlah sampai mampus bagi pengajaran kepada manusia kepala babi yang lain.
Comment by naza | January 22, 2009 |
saudara naza,
terima kasih atas pandangan. Penulis difahamkan kejadian ini berlaku sewaktu tgh malam ketika semua orang tidur. Penulis percaya ianya dilakukan oleh manusia yang mengaku sebagai muslim.
ammy, moga Allah membalas segala pengkhianatan tersebut
Comment by ririey | January 23, 2009 |