Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Wajarkah sayap UMNO dibubarkan?

Cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Puteri dan Putera UMNO dibubarkan bagi membendung gejala rasuah politik mendapat bantahan dari pelbagai pihak dalam UMNO. Ketua Puteri Datuk Noraini menyifatkan cadangan itu adalah tidak wajar kerana ia bukanlah jalan penyelesaian kepada isu rasuah tersebut. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin pula menyifatkan cadangan itu tidak sesuai untuk diterima dan tidak  munasabah untuk dilaksanakan.  Sementera Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez tidak bersedia untuk memberi ulasan. Rata-rata pemimpin yang lebih senioryang lain juga tidak bersetuju dengan cadangan ini.Penulis bukanlah ahli UMNO atau mana-mana ahli parti politik. Justeru, pandangan penulis adalah pandangan orang yang melihat UMNO dari luar. Pandangan yang memerhati, bukan menganggotai.

Umum mengetahui rasuah politik semakin teruk melanda UMNO sehingga pimpinan mereka melancarkan perang kepada golongan ini. Malah, cadangan Ahmad Rithauddeen ini juga adalah untuk membendung politik wang. Kebimbangan beliau ada asasnya kerana beliawan dan beliawanis akan rosak jika seawal usia remaja mereka terdedah dengan rasuah yang ada di dalam UMNO. Namun, untuk meleraikan kekusutan ini, UMNO seharusnya berubah dari Parti Rasuah kepada Parti berkebajikan. Pembubaran ini tidak akan menyelesaikan masalah rasuah politik kerana gejala rasuah banyak berlaku di peringkat atasan. Walaupun tidak dinafikan diperingkat sayap kecil ini sudah ada unsur-unsur rasuah dan perebutan jawatan, namun ia tidak seteruk pemilihan pimpinan tertinggi. Walaupun sayap ini dihapuskan, rasuah politik tetap akan berlaku bila mereka tiba ke jawatan tinggi tersebut.

Isu penghapusan kuota perlu diberi lebih perhatian jika UMNO serius untuk membendung rasuah politik kerana kuota ini membuka peluang seluasnya kepada perwakilan untuk mendapatkan habuan. Selain itu, budaya mengagihkan projek melalui ketua bahagian juga perlu dihentikan kerana ramai yang sanggup bergolok gadai mencapai jawatan tersebut kerana pulangan yang lumayan. Jika ketua bahagian pun kaya, jawatan lebih tinggi lagiiiiiila kaya. Tidak pelik jika menjadi ketua bahagian lebih disukai berbanding ADUN. 

Namun, alasan ahmad rithauddeen supaya remaja perlu study dan tidak terlibat dengan politik dilhat sebagai dangkal. Apakah tanda aras bagi seseorang itu untuk menceburi politik jika alasan study diberikan. Jika begitu, semua orang yang masih belajar dilarang berpolitik. Tengku, menuntut ilmu tu dari buaian ke liang lahad. Apa lepas mati ke baru boleh join? Apaun, UMNO boleh memikirkan kembali cadangan ini.

Tertarik dengan analogi Roslan SMS  ini.

Justeru apabila Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithaudeen mencadangkan agar sayap Puteri dan Putera Umno dibubarkan bagi mengelak atau menghapuskan gejala politik wang dalam Umno, saya membayangkan Umno sudah semakin hampir kepenghujung hayatnya.

Umpama burung tadi apabila ia sendiri memutuskan untuk mengerat kedua belah sayapnya, maka sudah pasti ia menempah maut, kerana sayap diguna untuk terbang dan menampung kehidupan. Bayangkan apa jenis burung yang rela sayapnya dikudungkan?

Tetapi mungkinTengku Ritahudeen melihat kedua sayap Umno itu sudah berulat, sudah bernanah, ia tidak boleh diselamatkan lagi kecuali dipotong kedua-duanya. Beliau mungkin melihat tubuh Umno lebih baik kudung dari menanggung derita yang dibawa dari kedua sayapnya itu. Kalau tidak dipotong nanti mudaratnya menular sampai ke seluruh tubuh Umno. Nanti Umno jadi lebih kacau, lebih berpenyakit, lebih parah. Sebelum ia mengancam nyawa Umno, lebih baik ia dipotong sahaja.

Teruk sangatkah penyakit dalam Umno?

Kalau tak teruk masakan dicadangkan dikudungkan kedua sayapnya. Biar Umno cari makan cara melompat-lompat di tanah. Walaupun risikonya besar, Umno mungkin lebih terdedah kepada ancaman musuh, sukar menyelamatkan diri, tetapi apa mahu buat, lebih baik begitu dari terus mati kerana memikul sayap yang penuh barah itu.

Demikianlah keadaan Umno. Kepada mereka yang masih berada di dalamnya, fikir-fikirkanlah. Di luar sini kawan-kawan menunggu dengan tangan terbuka. Kita tinggalkanlah tubuh yang parah dan sukar dirawat itu, kita bina harapan baru melalui PAS atau rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Jangan sampai anda kecundang begitu sahaja.

January 29, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | No Comments Yet

Kekuatan Gaza dan kelemahan Malaysia

Pembohongan zionis terserlah apabila gencatan senjata yang dilakukan selepas 23 hari selepas pencerobahan ke atas Gaza dilanggari. Setiap perjanjian sering kali dilanggari dan itulah sifat sebenar mereka. Itu tidak pelik, namun yang peliknya apabila ada yang mempercayai tindak tanduk regim terutama pembesar di negara asia barat. Mereka memberi kerjasama yang penuh kepada zionis dalam memerangi Gaza kerana dendam yang tidak berbelah bagi. Mesir yang paling ketara. Pimpinan mereka sangat memusuhi Ikhwan Muslimin sementara HAMAS adalah ‘ikhwan’ di Palestin. Mereka sangat bimbang jika Ikhwan akan menjejaskan kekuasaan mereka tanpa mereka sedari Zionis sebenarnya yang membahayakan mereka. Mereka sedia maklum tentang rancangan zinois untuk mewujudkan Israel raya yang turut melibatkan negara mereka, namun mereka tahu, rancangan tersebut tidak berlaku di hayat mereka. 

Penduduk Gaza sebenarnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Jika tidak, masakan Israel tidak mampu menewaskan mereka yang diterajui HAMAS. Usia 7 tahun di Malaysia adalah terlalu muda untuk mengenali kematian syahid dan menuntut bela, namun tidak bagi kanak-kanak Gaza. Walaupun usia sama, tetapi kematangan dan cara bercakap kanak-kanak Gaza jauh lebih matang dari remaja di Malaysia. Jika kanak-kanak di Malaysia di hidangkan dengan  permainan dan membesar dengan keseronokan dan hiburan yang keterlaluan, kanak-kanak di Gaza membesar dalam suasana perang dan riuh dengan bunyi bom. Bahkan mereka tidak takut untuk berdepan dengan kematian. Inilah sebenarnya kekuatan Gaza. Mereka berperang untuk syahid berbanding Zionis yang berperang untuk hidup.

Penulis berasa keldil bila terdengar kata-kata seorang kanak-kanak Gaza Anas Salem, 10 tahun yang disiarkan Buletin Utama malam tadi “saya tidak takut dengan serangan Israel, cukuplah Allah menjadi pelindung saya”.  Dalam suasana serangan Israel, kanak-kanak Gaza mampu mengungkapkan kata-kata yang indah ini. Mampukah kata-kata ini dilafazkan oleh orang dewasa di Malaysia? kalau mampu, sudah tentu mereka yakin akan rezeki dari Allah, bukan dari rasuah dan sebagainya. Kata-kata  yang hebat ini  sudah semestinya akan melahirkan pejuang yang hebat.

Jurucakap kerajaan haram Israel, Mark Regev dengan bodohnya menyalahkan HAMAS terhadap pencerobohan mereka ke atas GAza. Bangsa yang bebal ini sememangnya akan terus bertindak kejam. Sebab itu ramai Nabi diutuskan dari kalangan mereka. Utusan Allah pun mereka bunuh, apalagi rakyat awam.

Disebalik kekuatan Gaza, terserlah kelemahan dunia negera Islam. Usah bercakap tentang dunia arab yang sememangnya lemah, mari bercakap tentang rakyat kita. Penulis cukup teruja dengan kempen boikot yang dilancarkan oleh rakyat negara ini (sebab kerajaan tak bercadang untuk melaksanakannya). Namun, sejauh mana kempen ini memberi kesan kepada diri. Jika tidak mampu sangat, seboleh mungkin elaklah dari memberi sumbangan kepada zionis. Yang paling kelakar, ada yang cakap berkobar-kobar mengutuk zinois, tetapi tanpa sedar mereka sedang memegang Dunhill. Apa sudah jadi?

January 29, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , | No Comments Yet

UMNO makin tenat

January 25, 2009 Posted by ririey | isu semasa | , , , , | No Comments Yet

Kemenangan PAS di Kuala Terengganu hanya nasib

Sudah hampir seminggu PAS diumumkan sebagai penyandang baru kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Media-media utama sudah senyap dari membicarakannya, namun tidak bagi bloggers dan akhbar alternatif yang masih hanyut dalam dugaan kemenangan. Alhamdulillah, akhirnya selepas berhempas pulas di sana, akhirnya Allah telah menguji PAS dengan kemenangan yang amat bermakna ini. Namun, diharapkan agar para penyokong PAS ini tidak mudah leka sebaliknya meneruskan usaha mengekalkan kemenangan ini di samping mempertingkat usaha untuk merampas kembali Kuala Terengganu.

Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu tidak memihak kepada PAS secara langsung dan PAS dilihat bernasib baik dapat merampas kerusi ini kembali. Walaupun  kemenangan PAS agak selesa dengan majoriti 2631 undi, namun ia belum boleh dianggap selamat kerana bila-bila masa saja BN boleh merampas kerusi ini kembali. Faktor utama kekalahan BN dikatakan faktor calon yang tidak disukai rakyat. Ada benarnya pendapat ini kerana sepanjang menjadi senator, Wan Farid dilihat tidak memberi apa-apa faeadah kepada rakyat. Bahkan abangnya, Wan Hisham sendiri telah ditolak pada pilihanraya umum yang lalu selepas sepenggal menghuni kerus empuk DUN Ladang. Wan Hisham bukan saja kalah, malah undinya juga merosot. Selain itu, kemenangan PAS adalah disebabkan pertikaian dalaman UMNO sendiri apabila bekas penyandang Allayarham Datuk Razali pernah dipinggirkan oleh Wan Farid dan ini semestinya mengundang kemarahan ahli keluarga dan penyokong allayarham. Tindakan menamakan 2 buah institusi dengan nama allayarham dilihat sudah terlambat, namun faktor calon ini hanyalah andaian semata-mata.

Kemenangan PAS masih belum selesa jika dilihat dari segi jumlah pengundi yang turun pada Pilihanraya kecil yang lalu. Jumlah pengundi yang turun hanyalah 63993 pengundi berbanding 66112 pada Mac tahun lalu. Perbezaan sebanyak 2219 ini mungkin disebabkan pengundi luar yang tidak pulang mengundi kerana pelbagai alasan. Jumlah itu hampir meneggelamkan majoriti PAS sebanyak 2631 itu. Undi UMNO hanya berkurangan sebanyak 949 undi dan kekurangan ini disebabkan perbezaan angka 2219 tadi. Jadi sebenarnya UMNO tidak kalah dari sokongan ahlinya yang masih setia.

PAS juga perlu menitik beratkan sokongan pengundi bukan melayu yang dilihat mengalihkan sokongan kepada UMNO.
Kampung Cina 82.6% Cina BN 1,125 PAS 668 (majoriti 457)
Pulau Kambing BN 1,223 PAS 958
Pejabat Bandaran BN 861 PAS 681
Paya Bunga BN 969 PAS 759
Penulis mendapat statistik ini dari web Roslan SMS dan jika ini menunjukkan PAS tewas di kawasan majoriti bukan melayu. Nyata sekali UMNO berjaya dalam mencanangkan isu hudud. PAS pada kali ini diselamatkan oleh golongan melayu walaupun ramai yang turun berkempen dari kalangan bukan melayu termasuk Anwar Ibrahim, pimpinan DAp dan kelab penyokong sendiri. Penerangan tentang hudud perlu dipertingkatkan kepada golongan ini supaya propaganda UMNO tidak berkesan lagi.

Penulis bukanlah ingin menidakkan kemenangan PAS, namun lebih kepada memberi nasihat supaya PAS tidak leka dan terus berusaha agar dapat merampas kembali kerajaan Terengganu. Janganlah disebabkan kemenangan ini, yang dikejar xdapat yang dikendung berciciran. Apapun, Mohd Abdul Wahid memang ‘world’(pinjam kata-kata mawi) jika dlihat pada persidangan DUN Terengganu.

January 22, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | 2 Comments

Kerendahan diri dan ketinggian budi Abdul Wahid Endut

 

Bila disebut nama Mohd Abdul Wahid Endut, penulis teringat ketenangan dan kesabaran beliau menjawab setiap persoalan dan kata-kata kesat dari YB Ahmad Said (kini YAB Menteri Besar) yang amat lancang berkata-kata.
Biasanya kita emosi bila berhadapan orang seperti Ahmad said ini,tapi berbeza dengan Mohd Abdul Wahid ini. Sikap ini perlu ada dalam diri pemimpin yang ingin membela rakyat. Bersikap tegas, namun tidak mudah melatah melayan kontroversi dari pihak lawan.

Ayuh YB, terus maju ke Parlimen!!!

January 20, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , | No Comments Yet

Pro-Mahasiswa kuasai Majlis Perwakilan Mahasiswa UM

Kumpulan pro-mahasiswa (Pro-M) berjaya merampai kembali Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM apabila berjaya berjaya mengatasi kumpulan penggerak mahasiswa (sebelulm ini dikenali sebagai aspirasi) dengan kelebihan 1 kerusi. Kumpulan Pro-M berjaya menawan MPMUM selepas memenangi 8 dari 9 kerusi umum dan 13 dari 16 kerusi fakulti dalam pilihanraya kampus (PRK) yang berlangsung sengit di Uni Perdana ini.

Kemenangan ini agak memeranjat kerana selepas diselubungi beberapa kontroversi dan tekanan, akhirnya pro-M berjaya juga mengharungi dugaan ini. Antara isu yang hangat menjelang pilihanraya kampus UM ini adalah, isu seorang calon Pro-M yang cuba dirasuah untuk bertanding atas tiket Penggerak mahasiswa. Selain itu, serbuan ke sebuah rumah penyokong Pro-M dan bilik Gerakan UMANY serta rampasan laptop atas tuduhan ’surat rasuah palsu’ juga mewarnai PRK pada kali ini. Yang paling menyayat hati adalah isu kepala babi di Masjid Akademi Pengajian Islam UM. Kekurangan calon yang berkaliber  dari team penggerak Mahasiswa dikatakan punca utama kekalahan mereka. Kekurangan ini menyebabkan  mereka terpaksa meminta ahli PMIUM, Saudara Rizal  untuk menjadi calon mereka. PMIUM adalah pendokong utama Pro-M.

Calon Pro-M berjaya menawan kerusi fakulti Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakuti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Bahasa, Pusat Kebudayaan dan Fakulti Pendidikan. Calon pro-M hampir memenangi kerusi Fakulti Sastera dan sains sosial, namun kiraan ketiga berjaya dimenangi oleh calon Penggerak dengan majoriti 3 undi.

Penulis sempat bersama Pro-M dan Penggerak Mahasiswa menunggu keputusan diumumkan di DTC. Semasa pengiraan undi, Semua mahasiswa kecuali calon dan wakil calon tidak dibenarkan masuk ke DTC dan mereka berkampung di depan DTC sambil menyemarakkan semangat penyokong masing-masing. Bermula jam 8 malam sehingga keputusan diumumkan pada jam 3.30 pagi, pelbagai sorakan dan laungan kedengaran. Antaranya ‘hidup mahasiswa’, ’student power’, gerak perpaduan, ‘benci rasuah’ , ‘boneka HEP’  dan sebagainya. Ia kadangkala diselang seli dengan nyanyian lagu UM dan negaraku. Kumpulan penyokong ini dikawal dengan baik oleh Pengawal keselamatan dan anggota polis SUKSIS walaupun terdapat sedikit kekalutan.

Mahasiswa cina dan india juga dilihat bersemangat menyokong Pro-M dan mereka sebenarnya banyak membantu jentera pro-M. Nyataka semangat dan kesungguhan mereka untuk berubah merentasi agama dan kepercayaan. “Mahasiswa india tolong cat banner mahasiswa melayu dan mahasiswa melayu menolong mahasiswa cina dengan perasaan saling percaya. Ini sukar dilihat pada pilihanraya sebelumnya”, kata seorang wakil pro-M.

InshaAllah pada posting akan datang, penulis akan menyiarkan beberapa gambar peristiwa yang berlaku pada malam itu. Kepada yang menang, takziah di atas beban amanah ini dan gunakan kesempatan ini untuk membalas kepercayaan mahasiswa yang berani melawan arus untuk mengundi anda. Dengan peratusan keluar mengundi calon luar kampus yang rendah, undi calon kolej kediaman sebenarnya yang banyak membantu memenangkan calon Pro-M.

Menurut sumber dari seorang wakil calon, jumlah calon luar kampus bukan saja sedikit, malah banyak undi yang sedikit ini rosak kerana pangkah melebihi line. Apapun, moga kemenangan ini dapat dikekalkan. Mengekalkan kemenangan itu lebih sudah dari menciptanya. Nah, sekarang sudah terbukti pembuangan undi di kolej kediaman tidak lagi menjadi punca kekalan. Alasan ini sudah tidak relevan lagi dan fikirlah bagaimana untuk mengekalkan momentum kemenangan ini dan bagaimana pula pengisiannya. Kerusi MPM bukanlah kerusi empuk untuk anda bangga-banggakan kerana jika ini yang berlaku, anda tidak ubah seperti Aspirasi yang berwajah Pro-M. Renung-renungkanlah!!!

January 20, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , , , | No Comments Yet

Gambar sekitar Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

January 19, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , | 1 Comment

Gaza : Gencatan senjata untuk selamatkan Israel

Israel dilihat seakan tunduk ke atas desakan dunia untuk melakukan gencatan senjata di wilayah Gaza. Namun, jika dilihat situasi yang berlaku di sana, ia sebenarnya dilakukan untuk menjaga keselamatan tentera Israel. Selepas 23 hari berlagak  angkuh dan kejam membunuh dan mencederakan ribuan rakyat yang tidak berdosa, mereka dengan mudah mengungkap salam kemaafan bagi menebus lebih 100 nyawa yang tidak berdosa yang telah mereka bunuh.

Genjatan senjata tetapi masih tidak mahu berganjak dari bumi Gaza. Jelas ia menunjukkan ketakutan merekal terhadap serangan dari HAMAS yang masih berkuasa di wilayah tersebut. Dalam operasi ketenteraan lebih 3 minggu oleh regim zionis, hanya beberapa kerat saja pejuang HAMAS yang terkorban sementara yang banyak terbuh adalah kanak-kanak, wanita dan warga tua yang tidak berdosa. Inilah yang menakutkan mereka kerana mereka hanya mampu membedil golongan yang tidak mampu melawan ini untuk menunjukkan kekuatan mereka. 

Regim zionis walaupun kelihatan kuat, namun mereka sebenarnya lemah berbanding HAMAS. Pihak regim zionis begitu takut jika mereka diserang oleh HAMAS, sementara HAMAS bersikap sebaliknya. Inilah beza antara regim zionis dan HAMAS. HAMAS berjuang untuk mati sementara regim berjuang untuk mengecapi nikmat dunia. Kerana ketakutan itulah mereka bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata kerana tidak mahu diserang oleh HAMAS. Jika betul ingin mengadakan genjatan, mengapa masih berada di bumi Gaza?

January 19, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , | 3 Comments

Ukhuwwah akrab Kerajaan Malaysia-Zionis

Alhamdulillah, kita memuji usaha kerajaan memanggil sidang khas parlimen berkenaan isu Palestin. Ianya memperlihatkan kesungguhan kita untuk untuk mengutuk tindakan keji tentera regim. Namun, kutukan-kutukan yang dihamburkan kepada mereka dari seluruh dunia tidak sedikit pun memberi kesan kepada mereka. Tindakan kutukan ini perlu disusuli dengan tindakan yang boleh melemahkan mereka. Malang sekali dunia Islam tidak berani, malah kecut perut untuk bertindak lebih dari itu kerana kita sudah dijajah. Bukan saja negara kita yang kecil ini tidak mampu menmboikot Amerika, bahkan negara arab yang kaya raya juga tidak berani melawan bahkan membantu Zionis. Kalau lah mereka boleh bersepakat menyekat bekalan minyak kepada barat, kerajaan barat tidak akan mampi bertahan kerana rizab minyak mereka hampir habis.

Lebih dari itu, Penulis cukup tertarik dengan rentetan-rentetan peristiwa yang menunjukkan keakraban antara kerajaan Negara Malaysia dengan regim Zionis yang dipetik dari Suara Keadilan.

Dagangan Israel-Malaysia
Realiti dagangan antara BN-Zionis tidak didedahkan sepenuhnya kepada orang awam. 19 tahun selepas Malaysia menyatakan solidariti kepada kemerdekaan Palestin (1948), dagangan BN-zionis mencatatkan kemajuan kepada USD 1.7juta pada tahun 1967 dari USD 1.1 juta tahun sebelumnya

Bertemu Kissinger
Pada MAc 1987, PM Dr Mahathir menemui pelobi Zionis merangkap s/u AS Dr Henry Kissinger di Perbincangan Meja Bulat KL. Ia diatur oleh Institut Kajian Strategik & antarabangsa (Isis)

Batal sekatan dagangan
Dr M mahu menguatkan hubungan dengan Israel dengan menarik balik Akta Larangan Import(pindaan bil.7) pada tahun 94 ke atas import barangan Israel. Untuk mencantikkan lagi urus niaga ini, kerajaan membuka laluan perbankan rasmi antara dua negara dua tahu kemudian.

Jumpa Simon Peres
Dr M dalam lawatannya ke France pada Julai 94 menyelinap bertemu PM negara haram Israel Yitzak Rabin dan Menteri Luarnya Shimon Peres secara sulit. Selepas menafian beberapa kali, akhirnya Dr M mengakui menjalinkan hubungan dengan Rabin.

Hubungan Terus
Penghujung 96, kerajaan membenarkan perjanjian transaksi kewangan dua hala antara Public Bank dan Bank Hapoalim dari negara haram Israe, seraya membuka laluan kewangan rasami Malaysia-Israel buat pertama kali.

Biayai Pemuda Israel
Mac 97, kerajaan menganjurkan dan membiayai lawatan belia Israel dan pegawai kanan Kementerian Pendidikan Israel ke KL. Menteri Pendidikan pada masa itu DS Najib menandakan bermulanya ukhuwah antara belia BN dengan belia Israel. Bagi menandakan keikhlasan hubungan ini, kerajaan menjemput Israel bermain kriket 2 minggu kemudian.

Kriket
Dr M membenarkan pasukan kriket Israel menyertai kejohanan kriket antarabangsa KL. Kehadiran mereka mengundang demontrasi mahasiswa. DS Najib mengancam untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjwab.

Dr M bertemu Bush
Feb 06, Dr M membayar USD1.2juta kepada pelobi zionis Jack Abramoff bagi membolehkan pertemuan antara beliau dan Bush. Turut terbabit dalam skandal ini adalah Tengku Adnan

January 18, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , | 2 Comments

Lagi gambar Babi di Masjid Akademi Islam UM

Photobucket

Kurang ajar!! Jangan terpengaruh dengan provakasi ini

Photobucket

Malang sekali jika perbuatan ini dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya muslim

January 17, 2009 Posted by ririey | Uncategorized | , , , | 10 Comments