Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Chua Soi Lek terdesak, tagih sokongan cina

Negara pernah digemparkan dengan vcd yang menayangkan aksi seks chu soi lek (CSL) yang ketika itu memegang tampuk Kementerian Kesihatan Malaysia dengan seorang wanita (bukan isteri) sehingga membawa kepada perletakan semua jawatan yang di sandang baik dalam negara mahupun parti.

Setelah isu ini agak tenggalam dan CSL semakin dilupakan, tiba-tiba nama beliau naik kembali selepas berjaya memenangi jawatan nombor 2 dalam MCA. Walaupun harapan tidak diletakkan pada beliau sewaktu perebutan jawatan tersebut ekoran aksi itu, namun beliau membuat kejutan dengan mengalahkan lawan beliau iaitu Ong Ka Chuan iaitu adik kepada bekas presiden Ong Ka Ting. Ong Ka Chuan yang memegang portfolio abangnya, Menteri Perumahan gagal memenangi jawatan Timbalan Presiden selepas tewas kepada CSL.

Kemenangan CSL sememangnya agak mengejutkan kerana aksi tersebut namun itulah yang telah terjadi. Bagi menghilangkan ingatan rakyat cina terhadap kontroversi tersebut, beliau berusaha menjadi jaguh sebagai pembela nasib kaum cina walaupun dengan menegluarkan kenyataan bermotifkan perkauman dan melanggar perlembagaan. Terbaru isu ketuanan melayu yang disentuhnya. Istilah ketuan yang dikaitkan dengan ‘tuan’ dan ‘hamba’ menampakan kecetekan fikiran dan kelemahan yang nyata di dalam memahami Bahasa Kebangsaan. 

Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud kaum lain adalah hamba kepada bangsa Melayu, namun ia menunjukkan tanah ini dahulu tanah melayu dan ditadbir oleh orang Melayu sebelum kedatangan penjajah. Amat lah dangkal sekali jika dikatakan bila disebut ketuan melayu, yang lain adalah hamba. Wujudnya tuan, tidak bermakna yang lain adalah hamba. Tuan-hamba adalah satu antonim semata-mata tetapi ia bukanlah bersifat keseluruhan kerana tuan itu makna amat luas. 

jika kita ke rumah jiran atau rakan-rakan kita, biasanya tuan rumah akan menghidangkan air atau makanan kepada kita. Adakah kita yang berada di rumah itu adalah hamba kepada tuan rumah? Jika begitu keadaannya, tiada sesiapa akan berkunjung ke rumah itu. Juga di dalam mesyuarat, kita ada tuan pengerusi majlis yang mempengerusikan mesyuarat, adakah kita yang hadir dalam mesyuarat adalah hambanya? Pemikiran cetek ini perlu dihalang dari terus membiak kerana boleh menyalakan api perkauman dan bahayanya  cukup besar. Hasrat CSL untuk kembali ke jawatan kabinet perlu kajian mendalam kerana pemikiran yang cuba dibawanya ini sesat dan menimbulkan ketegangan kaum.

December 1, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , | 1 Comment