Siapa pembunuh altantuya?
Altantuya telah mati dan mayat ditemui dalam keadaan berkecai kesan c4 di shah alam. Perbincangan berhubung pembunuhan berprofil tinggi ini sangat hangat kerana altantuya adalah warga negara asing dan isu ini diikuti oleh seluruh media antarabngsa.
Mahkamah baru saja membebaskan tertuduh pertama iaitu Razak baginda dan sekarang tinggal 2 lagi tertuduh iaitu 2 orang polis dari UTK. Kenapa agaknya razak dan 2 orang polis ini dituduh membunuh altantuya. Apakah kepentingan altantuya kepada mereka. Sekarang razak bebas, tinggal 2 lagi tertuduh iaitu polis dari UTK. kenapa 2 orang polis itu tega membunh altantuya?apa kepentingannya? Jika 3 orang ini dilihat tiada kepentingan, lalu siapakah disebalik semuanya. Sepertinya semua ini dirancang?
Siapakah pembunuh altantuya sebenarnya? untuk apa altantuya dibunuh?
Gelaran datuk semakin murah
‘Kebebalan’ alasan Ali Rustam
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh pengunjung ke sini khususnya dan rakyat malaysia amnya. Juga kepada Datuk Seri Ali rustam kerana saya terpaksa menggunakan ungkapan ‘bebal’ kepada alasan beliau. Sudah tentu ramai kurang bersetuju dengan ungkapan ini kerana beliau adalah seorang Ketua Menteri sedangkan saya hanyalah penulis kecilan. Mana mungkin seorang yang bebal boleh menjadi Ketua Menteri, apa lagi bertanding dalam pemilihan UMNO sebagai orang nombor dua. Ucapan maaf sekali lagi kepada beliau dan orang Melaka di atas ungkapan ini kerana tidak dapat mengelaknya kerana kekecewaan dengan berita ini.
Apakah asas kepada gelaran ini? Kata Ali, kerana beberapa tahun dulu Shah Rukh Khan melakonkan filem ‘one two ka four’ di Melaka dan lakonannya melonjakkan negeri Melaka ke persada antarabangsa dan sekaligus memberi promosi percuma kepada negeri Melaka tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Aduh, alasan yang sungguh tidak logik. Sepatutnya jasa dan budi yang menyebabkan seseorang itu digelar seorang yang dipilih sebagai datuk, bukan memilih seseorang utk diberi gelaran datuk kemudian dicari jasanya. Apa lagi ‘jasa’ itu adalah secara kebetulan saja. Ya, kebetulan filem itu menggunakan Malaysia sebagai latar tempat, tetapi bukanlah shah rukh khan yang memilihnya.
Betapa murahan sekali gelaran datuk sehingga sesiapa saja boleh mendapatkannya. Mujur juga Melaka sudah tidak mempunyai sultan, jika tidak entah anugerak apalagi yang akan diberi. Setuju Jika pelakon seperti Shah rukh khan mampu memperoleh datuk, jangan terkejut jika selepas ini anugerah Tun atau Tan sri akan diberi kepada Jackie chan. kerana pernah mem’popular’kan Malaysia dalam filem Police Story. Tidak pasti sebenarnya adakah penonton perasan tentang Malaysia di dalam filem tersebut atau melaka dalam one two ka four. Barangkali sudah abis rakyat Malaysia yang berjasa sehingga orang luar yang kebetulan ‘berjasa’ (baca: berlakon) di Malaysia mendapat anugerah itu. Lebih memalukan, Shah rukh Khan tidak kisah pun dengan anugerah tersebut sehingga dia tidak datang untuk mengambilnya. Atau adakah dia sudah melupai di manakh Malaysia yang ingin memberi pangkat kepadanya.
Nyata sekali Ali Rustam sudah memalukan dirinya sendiri. Apalagi sekarang adalah musim pencalonan untuk jawatan penting dalam UMNO. Silap langkah, terkubur hasratnya untuk mengintai jawatan yang tinggi itu. Tunggu dan lihat.
Jangan marah, nanti kena jual
