Hujah tv9 : Melayu dalam ketakutan
Rancangan hujah di tv 9 sentiasa mendapat perhatian saya kerana dapat mendengar hujah dari wakil kerajaan dan pembangkang. Di samping itu, moderator yang pandai mengawal suasana juga menjadikan hujah satu rancangan menarik. Kebiasaannya, rancangan hujah memanggil seorang wakil kerajaan dan seorang wakil dari pembangkang, namun isnin lepas, kedua-duanya pro kerajaan iaitu saudara ezam dan seorang penganalisis politik dari UUM.
Untuk mengeluarkan hujah dari kedua panel pro kerajaan ini, moderator memberi soalan bagi pihak rakyat yang inginkan hujah dari kedua panel. Memang saudara ezam tidak dapat lari dari gaya sifunya anwar. Memang gaya bercakap, lenggok suara, pergerakan tangan, mimik suara dsb tidak ubah seperti Anwar. Cumanya sedikit terkilan kerana ahli akademik dari UUM tidak menunjukkan keprofesional beliau dalam memberi hujah. Setiap hujah yang diberikan kelihatan merapu dan kosong.
Apapun, samada 16 september ini bertukar kerajaan atau tidak, melayu tidak seharusnya takut dengan kepentingan dan hak dalam perlembagaan. Kita masih ada ramai ahli Parlimen melayu dalam parlimen jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Perubahan adalah sesuatu yang perlu dan kita perlu berani dalam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sudah lama Islam tertindas dan keadilan di’pondan’kan di Malaysia. Persoalannya, apakah hak dalam perlembagaan telah dilaksanakan sejak ianya digubal dulu? Anda tahu jawapannya.

aku sokong lar citer nie.. tiap2 hari aku tgk.. ha3 hidup melayu di tanah melayu dan di mana2 sahaja..!!
Comment by faris | October 24, 2008 |