Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Utusan Malaysia yang memualkan

Ketika negara semakin disembur dengan minyak untuk mewujudkan ketegangan dan api perkauman, media terus membiarkan diri mereka diperalat dan diperkuda untuk oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Nyata sekali media semakin tidak mengendahkan Islam dan meletakkan Islam ditahap paling rendah semata-mata untuk kepentingan politik dan menjaga periuk nasi. saya terkejut dan kecewa membawa secebis kartun dari Utusan Malaysia hari ini (19 september 2008).
Photobucket Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh YB Zulkifli Nordin dalam mempertahankan tindakan beliau membantah forum Majlis Peguam walaupun bercanggah dengan PKR. Walaupun dipanggil memberi keterangan oleh PKR namun beliau tidak segan silu untuk menyatakan “for me, islam come first, the rest are second”. Seharusnya umat Islam di Malaysia berbangga dan bersyukur kerana masih ada orang yang sanggup mempertahankan ISlam dalam situasi tersebut. Tidak ramai yang mampu berbuat seperti YB dan seharusnya tindakan beliau disokong. Namun yang dikesalkan kerana perbezaan politik, Yb diperlekeh dan ditimbulkan pula isu perkauman untuk mengapi-apikan tindakan YB. Sudahlah tidak disokong, diprovoke rakyat Malaysia.

Seharusnya kita belajar dari politik orang cina. Mereka berbeza pandangan politik, namun bersatu bila timbul isu bangsa mereka. Mereka ketepikan politik untuk kepentingan cina. Berbeza dengan kita, kerana kepentingan politik, kita kuburkan kepentingan bangsa dan agama. Inilah yang akan menjadi barah dan merosakkan umat. Kartun tersebut dilihat seperti ingin menjual dan menggadaikan agama semata-mata kerana politik sempit mereka. Mungkin saya tidak sesedih ini jika yang mengeluarkan artikel ini adalah akhbar berbangsa cina dan india, juga jika dikeluarkan oleh Greet Wilders, namun teramat sedih ia dikeluarkan oleh akhbar berbahasa Melayu. Sepatutnya apabila timbul isu agam, tiada kompromi terhadap mana-mana pihak.

September 19, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , | 2 Comments

Pak Lah oh Pak Lah

Sejak beberapa hari lalu minyak turun ke paras bawah USD 100 setong. janji Pak Lah untuk menurunkan harga minyak tempatan terus menjadi tanda tnya. Pelbagai alasan diberikan. Tunggu… tunggu… tunggu. Begitu susah untuk harga minyak tempatan untuk diturunkan walaupun harga minyak dunia telah turun ke paras USD 92. Sewaktu kenaikan harga minyak baru-baru ini, ianya berlaku dengan begitu pantas sehingga mengejutkan rakyat.

Alasan Pak Lah ketika harga minyak dunia melambung adalah, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak kerana tidak mahu memberi subsidi berlebihan kepada rakyat. Walaupun dijelas berkali-kali bahawa harga minyak naik akan menyebabkan keuntungan petronas naik, namun ianya tidak diendahkan kerana Pak Lah sendiri sudah maklum tentang hal itu. Namun, ketika harga minyak dunia turun, barulah Pak Lah mahu mengaitkan dengan petronas. Kata Pak Lah, harga minyak dunia turun menyebabkan keuntungan petronas berkurangan. Aduh, smpai akan berdolak dalik ni.

Semalam Pak Lah mengumumkan pertukaran portfolio dengan Datuk Najib. Pak Lah mengambil jawatan Menteri Pertahanan sedangkan Najib mengambil alih Menteri Kwangan dan ianya berkuatkuasa serta merta. Ada pelbagai andaian boleh dibuat dengan pertukaran secara tiba-tiba. Tetapi yang pasti ianya seakan-akan ingin memujuk Najib supaya tidak melawan beliau dan mematuhi Plan Peralihan kuasa. Nada ucapan najib dilihat berubah serta merta selepas pengumuman tersebut. Sewaktu mula-mula pelan peralihan kuasa diumumkan, Najib begitu komited dengan peralihan kuasa dan meminta semua ahli UMNO menerimianya. Tidak lama kemudian, nada Najib berubah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa biarlah akar umbi yang menentukan. Dan selepas peralihan portfolio ini, Najib kembali kepada kenyataan asal. Apapun ini hanyalah satu daripada sebab yang boleh dikesan secara logikal kerana ianya tersurat. Adapun yang tersirat, kita serahkan kepada yang pakar. Apapun, Pak Lah juga mempunyai rancangan beliau sendiri. Pengumuman menantu Pak Lah, en khairy jamaludin untuk bertanding jawatan ketua pemuda UMNO dilihat ada kaitan dengan pertukaran portfolio kerana ianya berlaku dalam masa yang sama.

Bagaimana dengan Anwar?
Anwar Ibrahim membuat sidang media yang menjelaskan beliau komited kepada kerajaan baru yang akan ditubuhkan. Kata Anwar, perjumpaan dengan Pak Lah akan diadakan terlebih dahulu kerana masih menghormati Perdana Menteri yang ada dan akan meminta Pak Lah berundur secara terhormat. Namun Pak Lah berdegil dan tidak akan menemui Anwar. Anwar dalam sidang tersebut juga memberitahu akan terus berjumpa dengan SPB YDA Sultan Mizan berkenaan hal ini. Pak lah semakin terdesak apabila SAPP mengumumkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan bergerak secara bebas. Walaupun tidak menyertai Pakatan, ia dijangka mempunyai naluri untuk menubuhkan kerajaan baru. Sementara itu, Anwar telah dilabel sebagai memberi ancaman kepada negara dan ekonomi sekaligus melayakkannya dimasukkan ke dalam ISA. Apakah Pak Lah sekali lagi akan menggunakan ISA untuk menyelamatkan diri dan maruahnya? Sama-sama kita nantikan.

September 18, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , | 1 Comment

Isu azan : kenapa nk bising?

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika tulisan ini tidak dipersetujui dan tajuknya mengguris hati. Namun, saya mengharapkan agar tulisan ini dibaca dengan mata hati.

Sekian lama saya meneliti isu ini sehingga membuatkan saya ingin memberi sedikit respon kepada golongan yang sangat agresif tentang isu ini. Apa yang saya tulis adalah mengikut pemahaman saya dan mohon respon jika ada salah silap. Seperti yang diketahui, isu ini ditimbulkan oleh media yang mengatakan seorang MP cina membawa sekumpulan penduduk mengadakan petisyen bagi membantah azan dan ianya dijawab oleh MP tersebut di dalam blog beliau. Saya tidak tahu siapa yang benar dan pembaca nilailah berita dari kedua belah pihak.

saya tidak berminat untuk bercerita tentang ini kerana ianya boleh didapati dimana-mana, cuma yang ingin saya sampaikan di sini adalah tentang azan itu sendiri. Ada apa dengan azan dan mengapa kita sensitif dengannya. ya, sudah tentu kita sensitif kerana azan adalah seruan untuk mengajak orang Islam bersolat, tetapi dikatakan ada golongan yang membantah tindakan tersebut di negara yang tercinta ini. Persoalan yang ingin saya timbulkan adalah, di samping anda begitu bersemangat mendepani isu ini seolah-olah jaguh dalam masyarakat, di manakah anda ketika bilal atau muazzin malungkan azan? Di manakah anda? Apa yang anda lakukan? Adakah sedang berada di masjid atau sedang bersiap untuk ke masjid? Adakah di kedai kopi atau sedang tidur? Adakah sedang bersembang atau sedang merayau? Nah, selama ini anda tidak pernah mempedulikan azan, kenapa anda seolah-olah ingin menonjolkan diri di hadapan Allah yang anda adalah orang yang paling mengambil berat tentang isu azan.

Jika anda seorang yang betul-betul mengambil berat, sepatutnya masjid sentiasa penuh. ya, anda bekerja pada waktu siang, apa pula alasan anda untuk solat maghrib, isya dan subuh? Masih di pejabat kah? Mengapa pada awal ramdhan masjid penuh? Adakah anda hanya ingin memeriahkan solat terawih? Apa jadi pada hari berikut ramdhan dan hari-hari selepas ramadhan? Apakah anda mengambil peduli tentang panggilan azan ini. Jika anda selama ini tidak pernah menghiraukan azan, usahlah berlagak sebagai pembela azan. Barangkali mereka merasakan azan ini ‘mengganggu’ kerana ianya sia-sia dan tiada pun yang mengambil peduli tentang azan itu.

Tertarik saya kepada seorang kawan yang tinggal di sebuah kawasan flat. Oleh kerana banyaknya blok yang ada di situ, banyak didirikan surau sehingga setiap 2 atau 3 blok berkongsi satu surau. Setiap surau mempunyai pembesar suara sendiri dan akan melaungkan azan apabila tiba waktu solat. Biasanya azan tersebut tidak serentak. Oleh kerana rumah beliau berada ditengah-tengah antara 2 surau, beliau akan mendengar azan dari kedua surau tersebut. Apa yang dikesalkan, hamba Allah yang muslim ini mengomen azan dengan mengatakan ’sepatutnya tak payahlah azan kat surau yang satu lagi, cukuplah azan sekali sahaja di satu surau’. begitulah lebih kurang kata-katanya, namun keras sedikit. Usah kata ingin berganjak ke surau, di komen pula orang yang azan kerana baginya bosan mendengar azan yang sama.  Kalaulah tidak kerana beliau lebih tua dr ku, rasa nk sound je sb geram sgt. Buatlah penilaian di mana duduknya kita dalam hal ini. Layakkah kita? Umpama posting dulu yang saya sentuh mengenai layakkah kita menyambut maulidur rasul. Kita tidak pernah peduli ajaran rasul tp dengan muka tak mula kita menyambut maulidur rasul. tak Malu ke?

September 17, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , , | 7 Comments

Nasihat kepada Pak Lah

Hari ini adalah 16 September iaitu tarikh yang disebut-sebut sebagai tarikh peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Penasihat PKR, saudara Anwar Ibrahim yang merupakan pencetus kepada perubahan ini masih mempertahankan perubahan kerajaan ini malam tadi walaupun disanggah oleh Pak Lah dan beberapa orang kanan beliau dengan mengatakan itu hanya cerita karut.

Walau apa pun kata Pak Lah, beliau sepatutnya perlu lebih bersedia dan segera membersihkan nama yang semakin busuk. Kalau pun perubahan kerajaan merupakan taktik dan strategi politik Anwar semata-mata, Pak Lah seharusnya lebih bersedia terhadap ancaman dalaman. Sepatutnya Pak Lah perlu segera membersihkan nama supaya jika beliau dijatuhkan oleh Anwar atau kalangan BN sendiri, nama beliau tidak akan dipandang buruk oleh sejarah. Penahanan menggunakan akta drakonian (kata kawan saya) iaitu ISA sememangnya tidak adil untuk sesiapa sahaja kerana tidak diberi peluang untuk membela diri dan pesalah boleh ditangkap tanpa sebab-sebab yang jelas. Sebagai contoh, jika dikeluarkan arahan supaya ayah anda ditangkap mengikut akta ISA, anda tidak boleh berbuat apa-apa walaupun tiada kesalahan yang ayah anda lakukan dan anda tidak tahu kenapa ayah anda ditangkap. Inilah yang dinamakan tahan tanpa bicara.

Orang-orang harapan Pak Lah sudah mula menunjukkan taring dan mengejutkan Pak Lah namun Pak Lah terus mempertahankan tindakannya tanpa mengetahui bahaya di hadapan. Najib dalam kenyataan berhubung pelan peralihan kuasa meminta supaya perkara itu diserahkan kepada akar umbi. Kenyataan Najib agak mengejutkan kerana selama ini beliau meminta supaya semua ahli mematuhi pelan peralihan kuasa, namun sekarang lain pula nadanya. Apakah Najib sudah bersedia megambil alih atau tidak sabar-sabar untuk menjawat jawatan itu.

Perletakan jawatan Zaid Ibrahim juga memberi tamparan hebat kepada Pak Lah yang sebelum ini amat mengharapkannya. Manakan tidak, Zaid yang sebelum ini di’buang’ oleh UMNO cawangan Kota Bharu sebagai ahli parlimen, tetapi dikutip kembali oleh Pak Lah sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. Bayangkan betapa pentingnya Zaid kerana berjaya menjadi menjadi Menteri atas tiket senator walaupun ramai lagi calon yang menang dulu mengidam jawatan tersebut.

Kenyataan Muhyidin berhubung dengan pelan peralihan kuasa mengejutkan Pak lah yang selama ini menjangkakan ianya disokong oleh semua ahli UMNO. Muhyidin juga mengaku bertanggungjawab menjemput kembali Tun Mahathir yang merupakan pembawa masalah kepada Pak lah masuk kembali ke dalam UMNO. Apakah yang cuba dilakukan oleh Muhyidin?

Kemenangan Ust Hashim dari PAS di DUN Sanglang dilihat semakin tidak memihak kepada Pak Lah. Namun, disebalik semua ini, Pak Lah semestinya tidak akan berdiam diri. Tidak pasti apakah yang akan dilakukannya. Namun, kita lihat siapa yang kena???

September 16, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , , , , | No Comments Yet

Hujah tv9 : Melayu dalam ketakutan

Rancangan hujah di tv 9 sentiasa mendapat perhatian saya kerana dapat mendengar hujah dari wakil kerajaan dan pembangkang. Di samping itu, moderator yang pandai mengawal suasana juga menjadikan hujah satu rancangan menarik. Kebiasaannya, rancangan hujah memanggil seorang wakil kerajaan dan seorang wakil dari pembangkang, namun isnin lepas, kedua-duanya pro kerajaan iaitu saudara ezam dan seorang penganalisis politik dari UUM.

Untuk mengeluarkan hujah dari kedua panel pro kerajaan ini, moderator memberi soalan bagi pihak rakyat yang inginkan hujah dari kedua panel. Memang saudara ezam tidak dapat lari dari gaya sifunya anwar. Memang gaya bercakap, lenggok suara, pergerakan tangan, mimik suara dsb tidak ubah seperti Anwar. Cumanya sedikit terkilan kerana ahli akademik dari UUM tidak menunjukkan keprofesional beliau dalam memberi hujah. Setiap hujah yang diberikan kelihatan merapu dan kosong.

Apapun, samada 16 september ini bertukar kerajaan atau tidak, melayu tidak seharusnya takut dengan kepentingan dan hak dalam perlembagaan. Kita masih ada ramai ahli Parlimen melayu dalam parlimen jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Perubahan adalah sesuatu yang perlu dan kita perlu berani dalam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sudah lama Islam tertindas dan keadilan di’pondan’kan di Malaysia. Persoalannya, apakah hak dalam perlembagaan telah dilaksanakan sejak ianya digubal dulu? Anda tahu jawapannya.

September 10, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , | 1 Comment

16 Sept : Jangan terlalu yakin

Saya menulis artikel ini sebagai respon kepada isu yang sangat hangat di negara kita buat masa sekarang. tanggal 16 september bersamaan 16 ramadhan semakin hampir dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Apakah mampu saudara Anwar merealisasikan impian untuk menubuhkan kerajaan baru pakatan rakyat? Ada 2 perkara yang perlu diiberi perhatian untuk membolehkan penubuhan kerajaan baru iaitu dengan mengharapkan sokongan sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN dan ini dikatakan tidak menjadi masalah kepada Anwar. Satu lagi yang perlu diberi perhatian adalah di kalangan anggota pakatan rakyat sendiri terutamanya PAS. PAS sudah pasti tidak akan berkompromi jika kedudukan ISLAM lebih terancam/ lebih teruk dari berada di bawah kerajaan rasuah UMNO.

Apa yang saya ingin tegaskan di dalam artikel ini  adalah tentang kepercayaan masyarakat tentang penubuhan kerajaan baru 16 september yang keterlaluan. Maksud saya adalah sikap segelintir penyokong fanatik yang percaya secara keterlaluan seolah-olah ianya adalah berita dari langit yang tidak boleh disangkal lagi. Apakah nasib akidah golongan ini? Amat malang sekali jika kerana politik, seseorang itu menjadi sasau dan lupa diri. Memang tidak dapat dinafikan, golongan ini dan juga rakyat Malaysia lain termasuk saya sudah berasa jemu dan bosan berada di dalam kerajaan rasuah ini dan seboleh mungkin ingin berada di dalam kerajaan baru yang lebih adil dan saksama. Namun, tidak perlulah kita terlalu yakin. Sikap tunggu dan lihat itu adalah yang terbaik lebih-lebih lagi kepada orang awam. Tarikh 16 september begitu diagungkan sehingga kita lupa kepada tarikh 17 ramadhan @ 17 september 2008 iaitu sehari selepas 16 september. Ya, kita lupa tentang peristiwa besar Nuzul al-Quran. Seharusnya, jika 16 september tarikh penubuhan kerajaan baru, 17 september adalah tarikh meletakkan hukum al-quran ditempatnya.

Moga jika kerajaan baru dapat dibentuk, Islam akan lebih terbela dan dapat diangkat ke tempat yang lebih tinggi. Tiada guna jika kerajaan baru terbentuk, Islam lebih teruk dari hari ini. Saya memuji dan kagum dengan sikap seorang YB Parti Keadilan Rakyat dari Kulim Bandar Baru iaitu lah YB Zulkifli Nordin yang bertegas tentang tindakan beliau dalam demo pada forum Majlis Peguam. Sikap tegas dan berani inilah yang diperlukan oleh rakyat untuk bercakap di Parlimen. bukan memberi sokongan memkhinzir pekak di parlimen kepada ‘kawan’. Untung juga Anwar tidak jadi untuk bertanding di kerusi itu. Jika tidak, sudah tentu kita akan kehilangan seorang pemimpin yang hebat dan lantang dalam membela Islam. Saya mula mengagumi beliau sewaktu kes Lina Joy dan ucapan beliau di Dewan Masjid Wilayah dan Anjung Rakmat, Gombak seketika dulu. Moga beliau terus istiqamah dalam perjuangan.

Ada orang bertanya kepada saya, kenapa YB Zul tidak menyertai PAS sebaliknya memilih keadilan? Em, rasanya jawapannya semua sudah tahu. Sebenarnya YB Zul adalah ahli PAS. Beliau bertanding di atas tiket PKR kerana kerusi Kulim Bandar baru adalah milik PKR dan PKR kekurangan calon berkaliber untuk diketengahkan di sana. Wallahu ‘alam

September 8, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , , , , | 1 Comment