Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Pilihan yg tepat, namun mampukah Anwar?

Desas desus yg mengatakan Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru (KBB) nyata tidak tepat apabila Dato’ Seri Azizah melepaskan kerusi Permatang Pauh yang disandang oleh beliau bg memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ. Kemenangan dengan majoriti yang besar pada pilihanraya umum yang lalu memberi kemenangan moral kepada beliau. Namun dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Pemilihan kerusi Permatang Pauh sangat tepat kerana YB Zulkifli Nordin merupakan YB yang penting di Dewan Rakyat. Peguam yang sangat komited dalam isu murtad itu memang sepatutnya berada di Parlimen. Jika Anwar bertanding di KBB dan memperoleh kemenangan, ianya akan menjadi sesuatu yang tidak sihat kerana akan dilihat sebagai kronisme tahap dewa. Ya lah, Suami, isteri dan anak sekaligus berada dalam Parlimen. Lagipula anwar sudah selesa dengan Permatang Pauh sejak dulu lagi. Walaupun ada cakap-cakap yang menyatakan kerugian kerana kehilangan tonggak wanita yang boleh dianggap tokoh, namun ianya sesuatu yang wajar bagi mengelakkan tohmahan kerajaan 3 beranak kepada Pakatan.

Justeru, pemilihan tempat untuk beliau bertanding adalah sangat tepat. Namun persoalannya, mampukah beliau untuk memenanginya atau sekurang-kurangnya untuk bertanding?

Dalam keadaan pertuduhan liwat yang masih membelenggu diri beliau, mampukah beliau melepaskan diri untuk bertanding dan mempertahankan kerusi tersebut? Siapakah calon BN yang akan berdepan nanti? Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Saudara Ezam sebelum iniĀ pernah menyuarakan akan bertanding di mana saja untuk berdepan dengan Anwar, namun adakah begitu mudah untuk ahli UMNO melepaskan Ezam untuk bertanding dengan Anwar? Adakah UMNO akan mengetepikan Ustaz Hadhari, Pirdaus Ismail untuk memberi laluan kepada Ezam? Usahkan menjadi calon Ahli Parlimen, mencalonkan diri dalam perebutan jawatan dalam UMNO pun beliau tidak dibenarkan. tapi perlu diingat, dalam UMNO, jawatan ketua bahagian lebih tinggi dari YB. Apepun, sama-sama lah kita nantikan.

Sesiapa punĀ  calon BN di Permatang Pauh, sudah pasti seluruh jentera kerajaan akan turun di sana. Mampukah Anwar menghadapinya? atau mungkin Anwar sudah berada di penjara sewaktu hari pilihanraya atau penamaan calon tersebut. Jika Anwar berjaya bertanding, dan memenangi kerusi tersebut, adakah cita-cita untuk membentuk kerajaan baru pakatan rakyat pada 16 September nanti akan tertunai? Pelbagai soalan boleh dikemukan tetapi tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang tepat. PAS hari ini secara tegas menolak tawaran UMNO perak untuk membentuk kerajaan campuran yang baru di Perak menguatkan lagi desas desus bahawa gabungan pakatan rakyat akan terus kukuh untuk menghancurkan kezaliman kerajaan BN.

Apapun, kita tunggu dan lihat, apa yg akan terjadi seterusnya.

July 31, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , , , | 2 Comments