Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Sabarlah Datuk Seri Tajul, anda tak keseorangan

Isu penggabungan UMNO dan PAS diteruskan (baca :dimulakan) dengan tawaran Ketua Pembangkang DUN Perak, Yb Tajul Rosli kepada PAS Perak untuk membentuk kerajaan baru yang lebih kukuh. Untuk rekod, UMNO memiliki jumlah kerusi yang paling banyak iaitu 27 kerusi, diikuti DAP 18, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi sementara MCA 1 kerusi. Namun disebabkan jumlah kerusi BN tidak mencapai separuh dari kerusi dewan (27 + 1), maka BN tidak dapat membentuk kerajaan.

UMNO sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan menganiayai PAS dalam pembentukan kerajaan baru Perak. Malah, Menteri Besar dari PAS yang ada sekarang, akan dikekalkan sementara anggota EXCO akan dibahagiakan mengikut kesesuaian. Barangkali mereka menyangka para YB PAS adalah orang-orang yang tamakkan kuasa. Adakah wujud di kalangan pimpinan PAS yang gilakan kuasa samada EXCO, MB, Menteri atau PM. Kekuasaan sememangnya perlu untuk melaksanakan ISLAM, tapi tak perlu gadai ISLAM untuk dapatkan kuasa. NAbi SAW pernah ditawarkan pangkat untuk hentikan sebar ajaran ISLAM, tp apa keputusan nabi? Prinsipnya cukup jelas. Jika PAS diberikan kuasa untuk laksanakan ISLAm, sampai bila ia akan bertahan? paling lama, sehingga pilihanraya ke 13. Selepas itu akan dihumban dan tiada siapa yang akan percayakan PAS lagi. Pimpinan ckup jelas dengan hal ini, oleh kerana itu tiada persetujuan diberikan.

Adakah begitu mudah untuk tegakkan ISLAM sehingga ada yang ingin bagi kuasa pada PAS? Barangkali jika begini mudahnya nak laksanakan ISLAM, xperlulah nabi berhijrah. Tiada jalan pintas untuk tegakkan ISLAM. Jangan kita cepat melatah dan teruja dengan tawaran yang diberikan oleh musuh. Saya risau jika bukan saja ISLAM xdapat dilaksanakan, malah kezaliman dan kejahatan masih tidak dapat dihapuskan. Apakah YB Datuk Seri Tajul Rosli masih tidak dapat melupakan saat-saat riang beliau sebelum 8 Mac yang lalu, yang mana saat beliau enak dipersada kerajaan Perak. Adakah masih terliur untuk kembali duduk di kerusi MB?

Kita seharusnya paham, bukan mudah untuk seseorang yang berada di kerusi MB, tiba-tiba beralih ke kerusi biasa yang selalunya diduduki oleh pembangkang. Udah la tu, tanpa apa-apa portfolio. Harap Datuk Seri Tajul dapat bersabar kerana kita selamanya tidak berada di atas. Bukan anda seorang mengalami nasib begini. Khir Toyo, Shahidan Kasimun dan Idris Jusoh juga mengalami masalah yang sama. Memang bukan mudah untuk menerima, tapi berusahalah ke arah itu.

July 29, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , | No Comments Yet