Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Main Zina-Zina : Apa dah jadi?

Terkejut. Itulah reaksi pertama saya sewaktu mendengar ulasan berita akhbar dari MHI berkenaan tajuk berita di dalam akhbar Harian Metro hari. Kanak-kanak seawal usia 10 dan 11 tahun sudah terdedah dengan aktiviti yang sangat jijik ini lantaran tidak mampu mengawal nafsu kerana menonton video lucah. Budak-budak selalunya jujur, katanya, tidak sukar untuk mendapatkan vcd itu kerana ianya diperolehi dari rakan atau pun boleh dibeli di Pasar Malam saja. Sungguh ‘advance’ permainan anak-anak zaman sekarang. masih saya ingat, dikala usia seawal itu, permainan yang selalu dimainkan adalah dekcok, tudung botol, lompat tali, selambut, polis&pencuri, guli dan sebagainya. Tidak pelik bagi saya jika permainan itu sudah berkubur kerana keasyikan remaja berkurung di dalam rumah bermain permainan komputer, video games, play station dan pelbagai lagi permainan moden kerana tiada siapa lg yg mengajar mereka permainan tradisional, namun yang menjadi kehairanan bagaimana permainan seperti ‘main zina-zina’ boleh wujud. Adakah ianya kesinambungan dari ‘main kawin-kawin’ yang sering dimainkan oleh anak-anak sedikit masa dulu?

Memang gila. Bagaimana mampu mereka ini boleh melakukan aktiviti yang terkutuk ini di rumah sendiri? Apakah yang mampu diharapkan lagi kepada generasi yang akan menjadi pemimpin negara di zaman mereka nanti jika usia seawal itu sudah berani melakukan aktiviti ini? Apakah kerana kurangnya didikan agama? Ataupun terpengaruh dengan kawan? Ataupun ingin mencuba sesuatu yg baru kerana sering disiarkan di dalam media tentang berita-berita seperti ini? Apakah mereka faham apakah yang dilakukan oleh mereka ini?

Mencegah atau merawat? Semestinya usaha mencegah itu lebih mudah dilakukan berbanding dari merawat. Didikan agama semestinya perkara yang penting yang perlu diberi perhatian, namun didikan agama saja belum mencukupi jika dalam pada masa yang sama mereka bebas mendapatkan bahan-bahan merosakkan itu. Bagaimana didikan agama yg ala kadar saja? hanya mengharapkan silibus dari mata pelajar pendidikan Islam di sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang memarahi anak-anak yang todak mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran, tp seakan tiada perasaan jika anak mereka tidak bersolat, tidak pendai membaca al-quran dan sebagainya. DIberikan ubat dan dalam masa yg sama disuapkan racun. Apalagi jika racun itu lebih keras dari ubat. Alangkah nasihat di kotak rokok pun tidak dipandang oleh perokok. Cukup sukar untuk membentuk akhlak anak-anak. Ibu bapa yang keluar mencari rezeki tidak mengetahui aktiviti anak-anak di rumah. Di hadapan macam malaikat, di belakang berperangai seperti syaitan.

kenapakah didikan tidak sampai kepada mereka? Adakah kerana pendidik itu sendiri? (sekadar mengenang sekumpulan ustaz yang sangat menyedihkanku. Apakah ini kesan darinya?)

July 25, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , | 5 Comments