Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

UMNO hampir berjaya

Isu muzakarah masih menjadi siulan semua pihak lebih-lebih lagi media massa yang menjadi agen penyebar berita ini. Isu Muzakarah PAS-UMNO semakin hangat diperkatakan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada penyokong PAS. Propaganda Media nyata sedikit menggugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat yang mendapat sokongan yang besar dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Kebijaksanaan media dalam memanipulasi kenyataan pimpinan PAS terutama TG Nik Aziz dan TG Presiden sehingga dilihat seperti ada pergeseran antara 2 TG ini sedikit sebanyak menggusarkan ahli diperingkat bawahan. Saya sungguh pelik dengan rakyat Malaysia yang nyata tidak konsisten dalam membuat sesuatu perkara. Apa yang saya maksudkan ialah, jika sebelum PRU-12 yang lalu, rakyat bijak menangkis fitnah dari media kerajaan dan berusaha mencari berita dari media alternatif  sehingga nampak kebenaran sampai ke penghujung, namun selepas PRU-12 kelihatan rakyat semakin luas menganga untuk disuapkan dengan berita propaganda media. Apa sudah jadi?

Terdapat perbezaan yang ketara antara bermuzakarah dengan UMNo dengan PAS bergabung dengan UMNO. janganlah terkeliru dengan dua perkara yang amat bertentangan ini. Jika keliru, berjayalah propagnda ini.

Benarkah UMNO ingin membela Melayu? Seorang Ahli Parlimen berbangsa India di dalam Parlimen menunjukkan surat yang dihantar oleh seorang ahli Parlimen UMNO kepada jurutera daerah yang mengarahkan memboikot kontraktor kelas F (baca : Melayu) yang menyokong/mengasihani pembangkang dalam PRU-12 yang lepas.  Malu rasanya membaca kenyataan ini kerana bangsa lain kelihatan lebih kasihan kepada bangsa Melayu. Apakah ini yang dikatakan menjaga perpaduan melayu? Melayu atau kantung poket?

Rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan helah media untuk menggugat keyakinan kepada PAS. Selepas PRU, PAS dilihat satu-satunya Parti yang tiada kontroversi berbanding parti-parti yang lain. UMNO secara jelas cuba menggugat keutuhan PAS dengan membuat kenyataan secara meluas tentang isu muzakarah untuk melunturkan semangat ahli PAS dan memberi gambaran buruk tentang PAS kepada Pakatan Rakyat. Usaha ini akan berjaya bilamana di peringkat akar umbi PAS berbalahan sesama sendiri berikutan termakan racun yang cuba ditabur oleh UMNO. Seharusnya para menyokong PAS perlu thiqah kepada pimpinan.

Hati-hati dengan perangkap lawan.

July 23, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , | 4 Comments