Dapat Royalti : Terengganu Negeri Terkaya di Malaysia
Kerajaan Negeri Terengganu yang dibentuk hasil kemenangan BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu memperlihatkan perubahan pimpinan dalam Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ia berikutan keengganan Majlis Penasihat Raja memperkenan pimpinan kerajaan yang dahulu untuk terus menguasai Terengganu. Isu perlantikan Menteri Besar Terengganu pernah mencatatkan sejarah tersendiri apabila secara terang terangan penghinaan ke atas institusi diraja dilakukan. Terengganu juga merupakan negeri paling lambat mendapat Menteri Besar. Namun, isu ini berakhir dengan perkenan sultan untuk melantik Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar dan ia terpaksa di’sokong’ oleh Kerajaan BN.
Kejayaan Datuk Ahmad Said mendapatkan kembali royalti minyak dari kerajaan pusat memperlihatkan keberanian dan kehebatan beliau dalam mentadbir kerajaan negeri Terengganu. Royalti yang ditarik balik ketika zaman pemerintahan PAS dulu berjaya dikembalikan oleh beliau.
Mungkinkah kembalinya royalti minyak ini menjadikan Trengganu negeri terkaya di Malaysia? Pengumuman Ahmad Said untuk membeli Mercedes E200 Kompressor bagi kegunaan Exco kerajaan negeri mengundang reaksi pelbagai pihak. Apakah Terengganu merupakan negeri terkaya di Malaysia yang mempunyai duit berlebihan sehingga digunakan untuk membeli kereta mewah? Terengganu masih negeri termiskin di semenanjung dan ke-2 termiskin di Malaysia selepas Sabah. Walaupun mempunyai hasil bumi yang lumayan namun ianya tidak melimpah kepada rakyat.
Alasan kenderaan nasional sedia ada mudah rosak dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi membuatkan kita tertanya-tanya. Untuk kegunaan apakah kenderaan itu digunakan sehingga selalu rosak? Apakah di Malaysia ini hanya negeri Terengganu saja yang menggunakan kenderaan itu. Atau memang sudah menjadi dasar kerajaan Terengganu untuk berbelanja mewah bagi kegunaan pimpinan di peringkat atasan. Sedih bila memikirkan dalam keadaan ekonomi negara di tahap teruk dan rakyat terpaksa mengingat perut bagi memastikan kelangsungan hidup susulan kos sara hidup yang tinggi terutama petrol, kerajaan Terengganu masih mempunyai masa untuk berfikir tentang tukar kereta. Rakyat diseru berjimat cermat namun kerajaan bermewah-mewahan.
p/s : saya cadangkan pada abg mat MB supaya jual kete perdana tu dan beli kancil, jimat skit minyak.
