Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Perlukah Pas dan UMNO berbincang?

Media arus perdana begitu rancak membincangkan permuafakatan umno dengan Pas dan hampir setiap hari berita ini disiarkan. Permuafakatan ini katanya untuk mengukuhkan perpaduan melayu dan untuk Islam. Sesuatu yang agak pelik kerana isu ini hanya timbul bila mana UMNO mengalami kekalahan yang teruk dalam piliharaya yang lalu. Apakah bangsa Melayu mula berpecah pada 8 Mac yang lalu?

Muzakarah PAS-UMNO bukanlah perkara yang baru kerana isu ini sudah lama ditimbulkan. Namun, dek kerana berasa UMNO berasa hanya merekalah parti orang melayu, maka muzakarah dianggap sesuatu yang tidak perlu dilaksanakan. Namun bilamana pengaruhnya semakin hilang, maka dikatakan Melayu sudah berpecah. Melayu yang bermasalah atau UMNO yang bermasalah.

Pada saya ada satu isu penting perlu diselesaikan sebelum muzakarah ini berlangsung iaitu UMNO perlu menyelesaikan masalah perpecahan dalaman parti mereka. Banyak isu yang timbul dalam UMNO yang menyebabkan rakyat tidak yakin dengan mereka. Isu penghinaan kepada institusi diraja, isu keluar parti oleh bekas presiden, isu pembongkaran menyalahgunaan kuasa oleh bekas pimpinan mereka, isu desakan letak jawatan oleh akar umbi kepada pimpinan dan yang paling besar isu ramainya golongan yang keluar dari UMNO kerana ketidak yakinan kepada parti yang kononnya membela melayu. Berapa ramai yang terbela? Siapa yang terbela? Rakyat atau kroni?

Terdapat cadangan lucu dari seorang ahli Parlimen yang mencadangkan supaya UMNO dan PAS bergabung di dalam satu pakatan. Cadangan ini menggambarkan kecetekan pemikiran seorang ahli parlimen yang mewakili rakyat. Apakah rasional UMNO dan PAS bergabung di bawah 1 pakatan? UMNO untuk orang melayu dan PAS untuk ISLAM. Melayu selalunya disinonimkan dengan orang beragama ISLAM. Jika ada seorang melayu yang neutral ingin memilih parti, kepada parti mana yang harus ditujukan? Apakah perbezaan antara kedua parti untuk melayu yang duduk di bawah 1 pakatan? Mursyidul AM PAS pernah menggambarkan PAS akan dibubarkan bilamana UMNO komited dan ingin mendaulatkan ISLAM di MALAYSIA. Pada masa itu, PAS sudah tidak diperlukan. Namun, ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. UMNO dikatakan sebuah parti ingin membela nasib melayu, PAS juga sebuah PArti yang ingin menegakkan ISlam dan keadilan. Justeru, melayu juga termasuk dalam golongan ini. Jika difikirkan secara logik, apa perlunya UMNO jika PAS sudah melakukan perkara yang sama. Masih relevan kah UMNO? Ada baiknya jika UMNO membubarkan parti mereka untuk bersama-sama PAS mendaulatkan ISLAM dan secara tidak langsung akan membela nasib melayu yang sudah 50 tahun ketinggalan.

Pada saya, Melayu tidak berpecah, yang berpecah hanyalah UMNO. Muzakarah bukan untuk perpaduan melayu namun untuk memulihkan UMNO. Saya risau PAS tidak berhati-hati, mereka akan ditimpa nasib yang sama seperti dulu. Janganlah jerlus di lubang yang sama, dan jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Sekali lagi PAS jatuh kerana perangkap yang sama, 100 tahun belum tentu dapat bangun kembali. Apapun, saya yakin dan percaya, di peringkat pimpinan PAS merupakan orang yang bijak pandai untuk membuat kuputusan.

July 21, 2008 - Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | 2 Comments

2 Comments »

  1. memg jelas & nyata bahawa muzakarah yg dicanang-canangkn UMNO kini hnyalah sbgai helah mereka setelah menyedari bhawa mereka kini terang-terangan telah dotolak rakyat yang kini semakin bijak menilai pihak mane yg btol2 membela rakyat atau pihak mane yang hnya membela kroni dan diri sendri shja.

    pd saya memg muzakarah antara UMNO & PAS ini perlu tp sebelum tu UMNO harus sendri melihat permasalahan yg timbul dalam mereka sendri.

    Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
    Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

    btol ckp abe yiyi….muzakaarh yg UMNO sibul2 ckp skg bknnye tuk
    perpduan melayu tp sebenranye hnya nk memulihkn kembali UMNO yg sudah terkulai layu akibat kesan tsunami PRU 12 yg lpas…ble depa sndri hina sultan,depa xsdar..tp bile ade je sorg mamat singh ni yg kluarkn knyataan yg bile disalah tfsir memg nmpk mnghna sultan, depa org UMNO ni tetibe berlagak mcm diorg la plak pembela bngsa Melayu n kedaudalatan sultan.walhal….hmm

    Comment by yatimmy | July 21, 2008 | Reply

  2. Terima kasih atas komentar saudara…

    Muzakarah ini mempunyai pro n cons. Isu ini dijangka hangat diperbahaskan pada muktamar PAS pada bulan hadapan. Apapun seharusnya penyokong PAS perlu memberi kepercayaan kepada pimpinan mereka untuk melakukan yg terbaik untuk Islam dan parti, dan dalam masa yang sama pimpinan PAS perlu mengambil kira pandangan akar umbi.

    Apa yg diharapkan agar PAS tidak masuk dalam jerat yg sama. Jerat tidak pernah melupakan pelanduk

    Comment by ririey | July 22, 2008 | Reply


Leave a comment