Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Perlukah Pas dan UMNO berbincang?

Media arus perdana begitu rancak membincangkan permuafakatan umno dengan Pas dan hampir setiap hari berita ini disiarkan. Permuafakatan ini katanya untuk mengukuhkan perpaduan melayu dan untuk Islam. Sesuatu yang agak pelik kerana isu ini hanya timbul bila mana UMNO mengalami kekalahan yang teruk dalam piliharaya yang lalu. Apakah bangsa Melayu mula berpecah pada 8 Mac yang lalu?

Muzakarah PAS-UMNO bukanlah perkara yang baru kerana isu ini sudah lama ditimbulkan. Namun, dek kerana berasa UMNO berasa hanya merekalah parti orang melayu, maka muzakarah dianggap sesuatu yang tidak perlu dilaksanakan. Namun bilamana pengaruhnya semakin hilang, maka dikatakan Melayu sudah berpecah. Melayu yang bermasalah atau UMNO yang bermasalah.

Pada saya ada satu isu penting perlu diselesaikan sebelum muzakarah ini berlangsung iaitu UMNO perlu menyelesaikan masalah perpecahan dalaman parti mereka. Banyak isu yang timbul dalam UMNO yang menyebabkan rakyat tidak yakin dengan mereka. Isu penghinaan kepada institusi diraja, isu keluar parti oleh bekas presiden, isu pembongkaran menyalahgunaan kuasa oleh bekas pimpinan mereka, isu desakan letak jawatan oleh akar umbi kepada pimpinan dan yang paling besar isu ramainya golongan yang keluar dari UMNO kerana ketidak yakinan kepada parti yang kononnya membela melayu. Berapa ramai yang terbela? Siapa yang terbela? Rakyat atau kroni?

Terdapat cadangan lucu dari seorang ahli Parlimen yang mencadangkan supaya UMNO dan PAS bergabung di dalam satu pakatan. Cadangan ini menggambarkan kecetekan pemikiran seorang ahli parlimen yang mewakili rakyat. Apakah rasional UMNO dan PAS bergabung di bawah 1 pakatan? UMNO untuk orang melayu dan PAS untuk ISLAM. Melayu selalunya disinonimkan dengan orang beragama ISLAM. Jika ada seorang melayu yang neutral ingin memilih parti, kepada parti mana yang harus ditujukan? Apakah perbezaan antara kedua parti untuk melayu yang duduk di bawah 1 pakatan? Mursyidul AM PAS pernah menggambarkan PAS akan dibubarkan bilamana UMNO komited dan ingin mendaulatkan ISLAM di MALAYSIA. Pada masa itu, PAS sudah tidak diperlukan. Namun, ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. UMNO dikatakan sebuah parti ingin membela nasib melayu, PAS juga sebuah PArti yang ingin menegakkan ISlam dan keadilan. Justeru, melayu juga termasuk dalam golongan ini. Jika difikirkan secara logik, apa perlunya UMNO jika PAS sudah melakukan perkara yang sama. Masih relevan kah UMNO? Ada baiknya jika UMNO membubarkan parti mereka untuk bersama-sama PAS mendaulatkan ISLAM dan secara tidak langsung akan membela nasib melayu yang sudah 50 tahun ketinggalan.

Pada saya, Melayu tidak berpecah, yang berpecah hanyalah UMNO. Muzakarah bukan untuk perpaduan melayu namun untuk memulihkan UMNO. Saya risau PAS tidak berhati-hati, mereka akan ditimpa nasib yang sama seperti dulu. Janganlah jerlus di lubang yang sama, dan jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Sekali lagi PAS jatuh kerana perangkap yang sama, 100 tahun belum tentu dapat bangun kembali. Apapun, saya yakin dan percaya, di peringkat pimpinan PAS merupakan orang yang bijak pandai untuk membuat kuputusan.

July 21, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , | 2 Comments