Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Pilihan yg tepat, namun mampukah Anwar?

Desas desus yg mengatakan Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru (KBB) nyata tidak tepat apabila Dato’ Seri Azizah melepaskan kerusi Permatang Pauh yang disandang oleh beliau bg memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ. Kemenangan dengan majoriti yang besar pada pilihanraya umum yang lalu memberi kemenangan moral kepada beliau. Namun dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Pemilihan kerusi Permatang Pauh sangat tepat kerana YB Zulkifli Nordin merupakan YB yang penting di Dewan Rakyat. Peguam yang sangat komited dalam isu murtad itu memang sepatutnya berada di Parlimen. Jika Anwar bertanding di KBB dan memperoleh kemenangan, ianya akan menjadi sesuatu yang tidak sihat kerana akan dilihat sebagai kronisme tahap dewa. Ya lah, Suami, isteri dan anak sekaligus berada dalam Parlimen. Lagipula anwar sudah selesa dengan Permatang Pauh sejak dulu lagi. Walaupun ada cakap-cakap yang menyatakan kerugian kerana kehilangan tonggak wanita yang boleh dianggap tokoh, namun ianya sesuatu yang wajar bagi mengelakkan tohmahan kerajaan 3 beranak kepada Pakatan.

Justeru, pemilihan tempat untuk beliau bertanding adalah sangat tepat. Namun persoalannya, mampukah beliau untuk memenanginya atau sekurang-kurangnya untuk bertanding?

Dalam keadaan pertuduhan liwat yang masih membelenggu diri beliau, mampukah beliau melepaskan diri untuk bertanding dan mempertahankan kerusi tersebut? Siapakah calon BN yang akan berdepan nanti? Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Saudara Ezam sebelum ini pernah menyuarakan akan bertanding di mana saja untuk berdepan dengan Anwar, namun adakah begitu mudah untuk ahli UMNO melepaskan Ezam untuk bertanding dengan Anwar? Adakah UMNO akan mengetepikan Ustaz Hadhari, Pirdaus Ismail untuk memberi laluan kepada Ezam? Usahkan menjadi calon Ahli Parlimen, mencalonkan diri dalam perebutan jawatan dalam UMNO pun beliau tidak dibenarkan. tapi perlu diingat, dalam UMNO, jawatan ketua bahagian lebih tinggi dari YB. Apepun, sama-sama lah kita nantikan.

Sesiapa pun  calon BN di Permatang Pauh, sudah pasti seluruh jentera kerajaan akan turun di sana. Mampukah Anwar menghadapinya? atau mungkin Anwar sudah berada di penjara sewaktu hari pilihanraya atau penamaan calon tersebut. Jika Anwar berjaya bertanding, dan memenangi kerusi tersebut, adakah cita-cita untuk membentuk kerajaan baru pakatan rakyat pada 16 September nanti akan tertunai? Pelbagai soalan boleh dikemukan tetapi tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang tepat. PAS hari ini secara tegas menolak tawaran UMNO perak untuk membentuk kerajaan campuran yang baru di Perak menguatkan lagi desas desus bahawa gabungan pakatan rakyat akan terus kukuh untuk menghancurkan kezaliman kerajaan BN.

Apapun, kita tunggu dan lihat, apa yg akan terjadi seterusnya.

July 31, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , , , | 2 Comments

Pahang tawar jawatan pada PAS

Selepas UMNO Perak menawarkan perkongsian kuasa dengan PAS di negeri tu dengan MB dari parti PAS dipilih (walaupun hanya ada 6 orang ADUN PAS), giliran Datuk Seri Adnan Yaacob pula menwarkan jawatan Exco kepada PAS. Saya bukanlah seorang hakim untuk menilai keikhlasan mana-mana pihak kerana hanya Allah yg tahu. tp apakah mereka berfikiran jawatan-jawatan itu yang didahagakan oleh YB PAS. Kalau ada di kalangan YB PAS yang sudah berfikir tentang jawatan-jawatan yang akan diberikan, maka bukanlah pejuang PAS kerana pada dasarnya PAS bukan berjuang untuk jawatan semata-mata. Kuasa hanya untuk membolehkan ISLAM memerintah. Jika, UMNO ingin laksanakan ISLAM, maka PAS sendirinya akan terbubar kerana sudah tiada apa yang ingin diperjuangkan. Terlaksananya ISLAM, maka secara sendirinya keadilan akan terlaksana untuk semua kaum.

PAS melalui kenyataan yang dikeluarkan akan membuat keputusan pada hari khamis (esok) tentang tawaran dari UMNO Perak. Apapun diharapkan keputusan yang akan dibuat akan memberi keuntungan kepada ISLAM samada seluruh dunia dan Malaysia amnya dan keuntungan ini untuk selamanya. Pimpinan seharusnya lebih jelas dengan apa yg berlaku dan keputusan mereka adalah selepas menimbang kebaikan dan keburukan yg akan datang. Walaupun begitu, ahli tidak boleh dilupakan kerana mereka juga penggerak. Penjelasan harus dilakukan kepada akar umbi supaya tidak timbul isu yang berbangkit atau bahas-bahas kosong di kalangan ahli.

July 30, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , | No Comments Yet

Sabarlah Datuk Seri Tajul, anda tak keseorangan

Isu penggabungan UMNO dan PAS diteruskan (baca :dimulakan) dengan tawaran Ketua Pembangkang DUN Perak, Yb Tajul Rosli kepada PAS Perak untuk membentuk kerajaan baru yang lebih kukuh. Untuk rekod, UMNO memiliki jumlah kerusi yang paling banyak iaitu 27 kerusi, diikuti DAP 18, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi sementara MCA 1 kerusi. Namun disebabkan jumlah kerusi BN tidak mencapai separuh dari kerusi dewan (27 + 1), maka BN tidak dapat membentuk kerajaan.

UMNO sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan menganiayai PAS dalam pembentukan kerajaan baru Perak. Malah, Menteri Besar dari PAS yang ada sekarang, akan dikekalkan sementara anggota EXCO akan dibahagiakan mengikut kesesuaian. Barangkali mereka menyangka para YB PAS adalah orang-orang yang tamakkan kuasa. Adakah wujud di kalangan pimpinan PAS yang gilakan kuasa samada EXCO, MB, Menteri atau PM. Kekuasaan sememangnya perlu untuk melaksanakan ISLAM, tapi tak perlu gadai ISLAM untuk dapatkan kuasa. NAbi SAW pernah ditawarkan pangkat untuk hentikan sebar ajaran ISLAM, tp apa keputusan nabi? Prinsipnya cukup jelas. Jika PAS diberikan kuasa untuk laksanakan ISLAm, sampai bila ia akan bertahan? paling lama, sehingga pilihanraya ke 13. Selepas itu akan dihumban dan tiada siapa yang akan percayakan PAS lagi. Pimpinan ckup jelas dengan hal ini, oleh kerana itu tiada persetujuan diberikan.

Adakah begitu mudah untuk tegakkan ISLAM sehingga ada yang ingin bagi kuasa pada PAS? Barangkali jika begini mudahnya nak laksanakan ISLAM, xperlulah nabi berhijrah. Tiada jalan pintas untuk tegakkan ISLAM. Jangan kita cepat melatah dan teruja dengan tawaran yang diberikan oleh musuh. Saya risau jika bukan saja ISLAM xdapat dilaksanakan, malah kezaliman dan kejahatan masih tidak dapat dihapuskan. Apakah YB Datuk Seri Tajul Rosli masih tidak dapat melupakan saat-saat riang beliau sebelum 8 Mac yang lalu, yang mana saat beliau enak dipersada kerajaan Perak. Adakah masih terliur untuk kembali duduk di kerusi MB?

Kita seharusnya paham, bukan mudah untuk seseorang yang berada di kerusi MB, tiba-tiba beralih ke kerusi biasa yang selalunya diduduki oleh pembangkang. Udah la tu, tanpa apa-apa portfolio. Harap Datuk Seri Tajul dapat bersabar kerana kita selamanya tidak berada di atas. Bukan anda seorang mengalami nasib begini. Khir Toyo, Shahidan Kasimun dan Idris Jusoh juga mengalami masalah yang sama. Memang bukan mudah untuk menerima, tapi berusahalah ke arah itu.

July 29, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , | No Comments Yet

Pakatan Rakyat makin retak : rakyat patut bijak buat pilihan

Berita yang disiarkan menerusi Berita harian hari ini menunjukkan betapa sememangnya wujud unsur-unsur jahat melemahkan pakatanrakyat yang berselindung disebalik menjaga perpaduan melayu. Dan dalam masa yang sama, harakah melaporkan berita mengenai keutuhan pakatan rakyat. Rakyat sepatutnya bijak membuat penilaian ini.

July 28, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | | No Comments Yet

Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari

“Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari”, perumpaan ini tepat jika ditujukan kepada kes yg baru dilaporkan media semalam dan minggu lepas. Isu budak-budak yang main zina-zina seperti yang dilaporkan minggu lepas hasil daripada ‘didikan’ guru-guru yang rosak. Mana mungkin ketam yang tidak lurus mampu mengajar anaknya berjalan betul. Walaupun kedua kes itu bukan berlaku ditempat sama, namun saya percaya banyak lagi kebejatan yg dilakukan oleh guru-guru.

Maaf, tiada semuanya demikian. Saya mempunyai ramai rakan-rakan guru yang mempunyai akhlak yg tinggi, namun disebabkan segelintir antara mereka yg melakukan perbuatan terkutuk ini, maka hasil yang mampu diberikan tidak seperti yang diharapkan.

Diharapkan Kementerian Pelajaran lebih tegas dalam isu ini dan menyelidiki aktiviti sampingan guru-guru yang akhirnya akan merugikan masa depan pelajarnya.

July 28, 2008 Posted by ririey | isu semasa | | No Comments Yet

Kerajaan Terengganu vs Kerajaan Persekutuan

Pendirian kerajaan persekutuan tidak membenarkan MB dan Exco Terengganu menggunakan 14 kereta Mercedes E200 kompresor untuk urusan selain membawa tetamu yg dtg menyebabkan saya terfikir, apakah sebab disebalik arahan ini. Kata Paklah, kl nk jual nnti rugi sb xkn dpt alik 3.4juta (betulkn jika sy salah) yg digunakan dl, kl nk suruh gna nnti x patriotik. Apakah nilai patriotisme jika wang rakyat habis diguna? Apakah berpuluh tetamu datang melawat negeri Terengganu setiap hari sehingga 14 buah mercedes itu bakal digunakan untuk kegunaan tetamu? Jika kereta yg dibeli ini tidak digunakan dan mereka tetap menggunakan Perdana yg selalu rosak tu maka berlaku 2 pembaziran. Satu pembaziran untuk membaiki Perdana yang bakal rosak, kedua membazir kereta kereta mercedes yg baru itu tersadai tanpa diguna. Untuk mengelakkan pembaziran ini, apa kata kerajaan persekutuan yang mempunyai tetamu yg ramai membeli dari kerajaan terengganu. Duit rakyat mengalir kepada rakyat.

Keberanian Ahmad Said terus menggunakan kereta Mercedes melihat semacam mahu mencabar keputusan kerajaan persekutuan pimpinan Pak Lah. Tindakan beliau memanggil Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat pembinaan masjid kristal, pertandingan monsun cup dan syarikat spanco dlm penglibatan pembaikian perdana mengundang pertanyaan semua pihak. Apakah ada sesuatu yg tidak kena disebalik apa yg berlaku sebelum ini. Tindakan yg bertentangan antara 2 kerajaan ini didorong oleh ketidakrestuan Pak Lah ke atas perlantikan MB Ahmad Said sebagai MB Terengganu sehingga menimbulkan campur tangan Yang Di Pertuan Agong.

Apapun ada hikmahnya disebalik keberanian bersuara Ahmad Said ini. Sehingga kini, hampir semua negeri memberi ulasan tentang betapa mahalnya kos penyelenggaran yang dikenakan ke atas kereta Exco. Wakil Proton Edar menyatakan kos penyelenggaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Terengganu adalah tidak masuk akal. Oleh itu, kemana wang tersebut pergi?

July 28, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , , , | 1 Comment

PAS dan UMNO dalam satu parti lain?

Media semalam memainkan isu kenyataan TG Nik Aziz berkaitan PAS dan UMNO keluar dari parti masing-masing dan menubuhkan parti yang baru untuk menjaga kepentingan ummah. Survival melayu dilihat musnah dgn kekalahan UMNO dlm PRU yang lalu dan kekalahan BN menimbulkn iri hati kepada pakatan rakyat sehingga BN berusaha untuk memusnahkannya.

Kenyataan TG bukanlah perkara yang baru. Ia saling tidak tumpah dgn kenyataan sebelum ini iaitu PAS akan dibubarkan dan akan masuk UMNO jika UMNO meletakkan Islam sebagai dasarnya, tp akan berlakukah perkara seperti itu? Sama seperti isu parti baru juga. Harus diletakkan ISLAM sebagai dasar, maka PAS akan bersedia ke arah itu. Tapi sanggupkah UMNO mengetepikan periuk nasinya n kembali kepada ajaran ISLAM yg sebenar? Ajaran yg melarang riba, judi, rasuah, kronisme dan sebagainya. Adakah UMNO sanggup? Jika sanggup, sudah lama semuanya jd PAS.

Muktamar PAS bulan hadapan akan menjadi medan ke mana arah tuju PAS. IAnya akan menjadi medan untk para perwakilan membuat perbahasan mengenai Post Mortem kedudukan PAS dlm Pakatan Rakyat dan muqabalah dengan UMNO. Janganlah hendaknya ada perbahasan yang dipenuhi emosi dan menggunakan untuk tujuan yang tidak betul. Moga kekuatan PAS akan bertambah dengan berlangsungnya muktamar ini.

Moga ahli-ahli diperingkat akar umbi akan lebih matang dan mengikuti perkembangan isu-isu kebelakangan ini melalui berita yang sahih. janganlah menelan bulat-bulat berita yang disampaikan dari media kerajaan atau blog yg bkn2. Semua org boleh menulis tapi xsemua tulisan itu benar.

pastikan maklumat yg kita dpt dr sumber yg sahih..

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebab kan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. 49:6)

July 28, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , , , , , | No Comments Yet

Main Zina-Zina : Apa dah jadi?

Terkejut. Itulah reaksi pertama saya sewaktu mendengar ulasan berita akhbar dari MHI berkenaan tajuk berita di dalam akhbar Harian Metro hari. Kanak-kanak seawal usia 10 dan 11 tahun sudah terdedah dengan aktiviti yang sangat jijik ini lantaran tidak mampu mengawal nafsu kerana menonton video lucah. Budak-budak selalunya jujur, katanya, tidak sukar untuk mendapatkan vcd itu kerana ianya diperolehi dari rakan atau pun boleh dibeli di Pasar Malam saja. Sungguh ‘advance’ permainan anak-anak zaman sekarang. masih saya ingat, dikala usia seawal itu, permainan yang selalu dimainkan adalah dekcok, tudung botol, lompat tali, selambut, polis&pencuri, guli dan sebagainya. Tidak pelik bagi saya jika permainan itu sudah berkubur kerana keasyikan remaja berkurung di dalam rumah bermain permainan komputer, video games, play station dan pelbagai lagi permainan moden kerana tiada siapa lg yg mengajar mereka permainan tradisional, namun yang menjadi kehairanan bagaimana permainan seperti ‘main zina-zina’ boleh wujud. Adakah ianya kesinambungan dari ‘main kawin-kawin’ yang sering dimainkan oleh anak-anak sedikit masa dulu?

Memang gila. Bagaimana mampu mereka ini boleh melakukan aktiviti yang terkutuk ini di rumah sendiri? Apakah yang mampu diharapkan lagi kepada generasi yang akan menjadi pemimpin negara di zaman mereka nanti jika usia seawal itu sudah berani melakukan aktiviti ini? Apakah kerana kurangnya didikan agama? Ataupun terpengaruh dengan kawan? Ataupun ingin mencuba sesuatu yg baru kerana sering disiarkan di dalam media tentang berita-berita seperti ini? Apakah mereka faham apakah yang dilakukan oleh mereka ini?

Mencegah atau merawat? Semestinya usaha mencegah itu lebih mudah dilakukan berbanding dari merawat. Didikan agama semestinya perkara yang penting yang perlu diberi perhatian, namun didikan agama saja belum mencukupi jika dalam pada masa yang sama mereka bebas mendapatkan bahan-bahan merosakkan itu. Bagaimana didikan agama yg ala kadar saja? hanya mengharapkan silibus dari mata pelajar pendidikan Islam di sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang memarahi anak-anak yang todak mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran, tp seakan tiada perasaan jika anak mereka tidak bersolat, tidak pendai membaca al-quran dan sebagainya. DIberikan ubat dan dalam masa yg sama disuapkan racun. Apalagi jika racun itu lebih keras dari ubat. Alangkah nasihat di kotak rokok pun tidak dipandang oleh perokok. Cukup sukar untuk membentuk akhlak anak-anak. Ibu bapa yang keluar mencari rezeki tidak mengetahui aktiviti anak-anak di rumah. Di hadapan macam malaikat, di belakang berperangai seperti syaitan.

kenapakah didikan tidak sampai kepada mereka? Adakah kerana pendidik itu sendiri? (sekadar mengenang sekumpulan ustaz yang sangat menyedihkanku. Apakah ini kesan darinya?)

July 25, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , , | 5 Comments

UMNO hampir berjaya

Isu muzakarah masih menjadi siulan semua pihak lebih-lebih lagi media massa yang menjadi agen penyebar berita ini. Isu Muzakarah PAS-UMNO semakin hangat diperkatakan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada penyokong PAS. Propaganda Media nyata sedikit menggugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat yang mendapat sokongan yang besar dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Kebijaksanaan media dalam memanipulasi kenyataan pimpinan PAS terutama TG Nik Aziz dan TG Presiden sehingga dilihat seperti ada pergeseran antara 2 TG ini sedikit sebanyak menggusarkan ahli diperingkat bawahan. Saya sungguh pelik dengan rakyat Malaysia yang nyata tidak konsisten dalam membuat sesuatu perkara. Apa yang saya maksudkan ialah, jika sebelum PRU-12 yang lalu, rakyat bijak menangkis fitnah dari media kerajaan dan berusaha mencari berita dari media alternatif  sehingga nampak kebenaran sampai ke penghujung, namun selepas PRU-12 kelihatan rakyat semakin luas menganga untuk disuapkan dengan berita propaganda media. Apa sudah jadi?

Terdapat perbezaan yang ketara antara bermuzakarah dengan UMNo dengan PAS bergabung dengan UMNO. janganlah terkeliru dengan dua perkara yang amat bertentangan ini. Jika keliru, berjayalah propagnda ini.

Benarkah UMNO ingin membela Melayu? Seorang Ahli Parlimen berbangsa India di dalam Parlimen menunjukkan surat yang dihantar oleh seorang ahli Parlimen UMNO kepada jurutera daerah yang mengarahkan memboikot kontraktor kelas F (baca : Melayu) yang menyokong/mengasihani pembangkang dalam PRU-12 yang lepas.  Malu rasanya membaca kenyataan ini kerana bangsa lain kelihatan lebih kasihan kepada bangsa Melayu. Apakah ini yang dikatakan menjaga perpaduan melayu? Melayu atau kantung poket?

Rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan helah media untuk menggugat keyakinan kepada PAS. Selepas PRU, PAS dilihat satu-satunya Parti yang tiada kontroversi berbanding parti-parti yang lain. UMNO secara jelas cuba menggugat keutuhan PAS dengan membuat kenyataan secara meluas tentang isu muzakarah untuk melunturkan semangat ahli PAS dan memberi gambaran buruk tentang PAS kepada Pakatan Rakyat. Usaha ini akan berjaya bilamana di peringkat akar umbi PAS berbalahan sesama sendiri berikutan termakan racun yang cuba ditabur oleh UMNO. Seharusnya para menyokong PAS perlu thiqah kepada pimpinan.

Hati-hati dengan perangkap lawan.

July 23, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , | 4 Comments

Dapat Royalti : Terengganu Negeri Terkaya di Malaysia

Kerajaan Negeri Terengganu yang dibentuk hasil kemenangan BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu memperlihatkan perubahan pimpinan dalam Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ia berikutan keengganan Majlis Penasihat Raja memperkenan pimpinan kerajaan yang dahulu untuk terus menguasai Terengganu. Isu perlantikan Menteri Besar Terengganu pernah mencatatkan sejarah tersendiri apabila secara terang terangan penghinaan ke atas institusi diraja dilakukan. Terengganu juga merupakan negeri paling lambat mendapat Menteri Besar.  Namun, isu ini berakhir dengan perkenan sultan untuk melantik Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar dan ia terpaksa di’sokong’ oleh Kerajaan BN.

Kejayaan Datuk Ahmad Said mendapatkan kembali royalti minyak dari kerajaan pusat memperlihatkan keberanian dan kehebatan beliau dalam mentadbir kerajaan negeri Terengganu. Royalti yang ditarik balik ketika zaman pemerintahan PAS dulu berjaya dikembalikan oleh beliau.

Mungkinkah kembalinya royalti minyak ini menjadikan Trengganu negeri terkaya di Malaysia? Pengumuman Ahmad Said untuk membeli Mercedes E200 Kompressor bagi kegunaan Exco kerajaan negeri mengundang reaksi pelbagai pihak. Apakah Terengganu merupakan negeri terkaya di Malaysia yang mempunyai duit berlebihan sehingga digunakan untuk membeli kereta mewah? Terengganu masih negeri termiskin di semenanjung dan ke-2 termiskin di Malaysia selepas Sabah. Walaupun mempunyai hasil bumi yang lumayan namun ianya tidak melimpah kepada rakyat.

Alasan kenderaan nasional sedia ada mudah rosak dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi membuatkan kita tertanya-tanya. Untuk kegunaan apakah kenderaan itu digunakan sehingga selalu rosak? Apakah di Malaysia ini hanya negeri Terengganu saja yang menggunakan kenderaan itu. Atau memang sudah menjadi dasar kerajaan Terengganu untuk berbelanja mewah bagi kegunaan pimpinan di peringkat atasan. Sedih bila memikirkan dalam keadaan ekonomi negara di tahap teruk dan rakyat terpaksa mengingat perut bagi memastikan kelangsungan hidup susulan kos sara hidup yang tinggi terutama petrol, kerajaan Terengganu masih mempunyai masa untuk berfikir tentang tukar kereta. Rakyat diseru berjimat cermat namun kerajaan bermewah-mewahan.

p/s : saya cadangkan pada abg mat MB supaya jual kete perdana tu dan beli kancil, jimat skit minyak.

July 22, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , | No Comments Yet