Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Rakyat ditipu lagi

Rakyat Malaysia sekali lagi dipermain-mainkan oleh kerajaan dengan pengumuman harga petrol yang melonjak tinggi secara tiba-tiba. Kerajaan sebelum ini membayangkan harga petrol akan naik pada Ogos, namun menaikkannya secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kelam kabut berlaku di stesen minyak seluruh negara yang dibanjiri oleh semua jenis kenderaan yang ingin memenuhkan tangki dengan harga yang lama. Ini bukanlah kali pertama rakyat ditipu. Jika diimbas kembali sehari sebelum pembubaran parlimen, Pak Lah membuat kenyataan Parlimen tidak akan dibubar lagi, namun lain yang jadi. Nampaknya pengajaran dalam PRU 12 yang lepas belum mampu menyedarkan mereka dari lena.

Penipuan seterusnya dapat dilihat melalui imej di bawah. Kenyataan najib yang menafikan dakwaan
janji najib
 minyak akan naik sebelum pihanraya menunjukkan cakap-cakap kerajaan sekarang adalah untuk menjaga kepentingan kedudukan saja.

Namun, sepatutnya mereka sedar yang rakyat tidak lagi mudah ditipu. Alasan kerajaan-rakyat dalam situasi menang-menang sudah tidak boleh diterima lagi. Jika rakyat sedar keputusan kes Pulau batu putih yang jelas menunjukkan kekalahan kita disebabkan kelemahan, kerajaan masih berkata ‘menang-menang’, inikan pula kes minyak. Siapa sebenarnya yang menang? Perbezaan harga dengan negara jiran Singapura tidak boleh dijadikan alasan lagi kerana seluruh rakyat termsuk dikampung kampung sudah mula muak dengan alasan yang tidak masuk akal. Jurang pendapatan antara penduduk Malaysia dengan Singapura adalah sgt jauh berbeza. Mana mungkin dengan pendapatan rakyat Malaysia mampu hidup dalam kadar inflasi 5.0%. Mungkin ada setengah suara yang menyatakan mereka tidak bermasalah dengan kenaikan ini, ada juga bersikap tidak peduli dengan menuduh rakyat yang bangkit tidak bersyukur dengan pemberian kerajaan (baca : diberi kerja). Sedarlah anda, mungkin anda mampu hidup dengan senang kerana mempunyai pendapatan yang tetap secara bulanan. Namun pedulikah anda dengan nasib mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap?

Marilah sama-sama kita menunjukkan kepada golngan atasan yang rakyat kita semakin terhimpit dengan kenaikan ini. Mana tak nya, gaji rakyat hanya sekitar 1200- 1800, itupun yang bekerja tetap, tapi Perdana menteri Malaysia(dicampur dengan portfolio lain yang dipegang) mencecah rm50 000.

Ayuh, bangkitlah. Kita negara mengeksport minyak

June 6, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , , , , , | 2 Comments

Minyak naik vs naik minyak

Pengumuman kenaikan harga minyak oleh PM menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan bawahan. Hadiah kemenangan dalam PRU 12 yang diberikan rakyat 8 Mac yang lalu telah diberikan secara tunai paa hari semalam. Ya, itu lah dia. Kenaikan Harga minyak tertinggi dalam sejarah Malaysia iaitu 78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel dan ianya berlaku serentak dengan kenaikan elektrik. Cuma bezanya caj penggunaan elektrik akan berkuatkuasa pada 1 Julai.

Kenaikan harga ini dikatakan terpaksa dilakukan kerana harga petrol dunia semakin meningkat. Alasan harga petrol negara masih rendah berbanding harga petrol di rantau ini. Nampaknya alasan yang popular ini masih digunakan walaupun sudah tidak relevan. Perbandingan harga petrol dengan negara yang bukan pengeluar harga minyak merupakan satu perbandingan yang tidak adil. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak yang tinggi kualitinya dan jika harga petrol dunia meningkat, seharusnya negara akan memperolehi untung yang lebih. Persoalannya, ke manakah hasil keuntungan yang besar itu pergi? Alasan yang ’standard’ ialah, keuntungan petronas untuk membangunkan negara. Petronas sudah tidak bersifat untuk membantu rakyat, Syarikat GLC lebih berorientasikan keuntungan semata-mata untuk memenuhi perut pedal golongan tertentu saja.

Jika masih ada rakyat yang tidur dan tidak ambil kisah dengan kenaikan ini serta tidak peduli dengan apa yang berlaku, nyata sekali mereka in adalah golongan yang hanya mementingkan diri sendiri. Jika pun , kita mampu menghadapi situasi yang amat kritikal ini, fikirkan nasib saudara-saudara kita yang lain, fikirkan rakyat-rakyat lain yang tidak mempunyai mata pencarian yang tetap. Jika peniaga menaikkan harga barangan, tindakan pasti dikenakan kerana membebankan pengguna, walhal mereka terpaksa untuk menampung kenaikan harga minyak, elektrik beras, barangan lain dan sebagainya. Walaupun mereka peniaga, namun mereka juga pengguna. Namun, jika kerajaan sendiri menaikkan harga yang boleh dikawalnya, pelbagai alasan dan dalih dikemukakan. Kenaikan harga barang dapat dielakkan jika kerajaan dapat mengawal apa yang ada di tangannya. smapi bila kenaikan ini akan berlaku?

Ada suara-suara yang kedengaran berkata, “pemimpin yang ada sekarang dh takut dengan kuasa rakyat. Depa tau depa dh nk jatuh, so sblm depa jatuh, sapu bersih la apa yang dapat.Mahal xmahal, rakyat beli juga petrol sebab tu keperluan zaman skg. Mahu xmahu kena bayar juga letrik sb rakyat xkn selesa begelap”. Tak kurang juga yang berkata “Kenaikan ini dicadangkan oleh ‘org tertentu’ untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada PM dan untuk menjatuhnya. kenaikan ini pasti akan membuatnya dibenci rakyat”. Wallahu’alam. Moga dibukakan pintu mereka ini untuk menyelami kehidupan rakyat bawahan. Belajar lah dari kekalahan teruk dalam keputusan PRU yang lepas. Jika masih lena, elok dihumban saja mereka ni dalam sungai Klang. tp xkn la mereka ni mahu dihumban dari tampuk pemerintahan baru tersedar.

June 5, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | , , | No Comments Yet