Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Babi!!! Babi!!! Babi!!!

Ada apa dengan babi? Seluruh media elektronik utama Negara hangat menceritakan tentang babi sejak kebelakangan ini. Mungkin tulisan ini agak terlambat, namun perlu diteruskan juga bagi memberi kefahaman kepada rakyat apatah lagi zaman kehangatan blog yang sibuk diperkatakan sekarang sehingga RTM mewujudkan segmen untuk bual bicara bersama bloggers. Walaupun waktunya agak terhad, namun ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa blogger juga perlu semakin diberi perhatian.

 

Kenapa babi di Selangor semakin terkenal? Apa yang menyebabkan babi-babi menjadi siulan kepada RTM menerusi RTM 1 dan RTM 2 serta Media Prima melalui semua rangkaian mereka? Juga menjadi berita utama media cetak prima di Negara kita.

 

Persoalan juga, mengapa Kerajaaan Selangor mengambil risiko untuk mempertahankan pembinaan kandang babi moden itu walaupun harga yang dibayar agak tinggi iaitu kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tunduk kepada Cina sehingga PAS dilabel sebagai telah kalah oleh segelintir penulis blog. Ada apa di sebalik cerita babi? Apakah rasionalnya Kerajaan Negeri mempertahankan babi? Dan persoalan juga, kenapa media sekarang dilihat semakin perlahan ‘memperjuangkan’ isu rakyat ini?

 

Jika di lihat secara mendalam, di seluruh negeri Selangor, ada lebih kurang 132 kandang babi (betulkan jika saya salah) yang menternak +- 400 000 ekor babi sedangkan keperluan semasa hanyalah 250 000 ribu. Kesemua kandang tersebut diusahakan secara tradisional yang menyebabkan pencemaran dan kotor. Kerajaan Negeri  mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah kandang babi menggunakan teknologi moden supaya babi-babi di 131 kawasan yang lain dapat diternak di satu tempat sahaja. Selain itu, ia juga untuk mengurangkan jumlah babi yang terlampau banyak kepada aras keperluan semasa iaitu 250 000.  Namun, disebalik usaha ini, Kerajaan Negeri dilabel sebagai mengikut kehendak DAP dan menganiayai penduduk di kawasan Sepang. Sebenarnya kawasan yang ingin diternak babi secara moden itu bukanlah kawasan yang baru. Kawasan itu sememangnya kandang babi dan kerajaan negeri hanya menggunakan kandang sedia ada untuk projek ini. Tanpa diperluaskan kawasan, kerajaan negeri bertindak menggunakan teknologi moden bagi mengatasi masalah pencemaran ini. Jadi, kenapa isu kononnya kerajaan negeri bersikap zalim kepada rakyat ditimbulkan oleh media walhal kandang itu memang sudah sedia ada. Kerajaan negeri hanya memodenkan (baca : manambahbaikkan) untuk kesejahteraan rakyat.

 

Timbul pula isu kerajaan negeri menghabiskan 100 juta duit rakyat untuk kesejahteraan babi sebagai hadiah kemenangan PR. Babi juga makhluk Allah yang berhak untuk hidup. Sesiapa yang memelihara babi, perlulah menjaga makan minum dan kesihatan babi. Begitu juga kita yang memelihara (contoh : kucing), kita mestilah menjaga kebajikan kucing itu juga kerana ia adalah makhluk Allah. Jadi, pihak penternak haruslah menyediakan peruntukan untuk membina kandang berteknologi moden itu jika ingin menternak babi. Isu 100 juta duit rakyat dilaburkan untuk babi adalah mainan politik media. Peruntukan 100 juta ini adalah dari penternak-penternak babi dan orang yang berkepentingan dengan babi. Jadi, tidak timbul isu kerajaan negeri menggunakan duit rakyat sebanyak 100 juta untuk babi. Isu eksport babi? Semestinya anda sudah jelas jawapannya.

 

Kenapa media semakin ‘slow’ membawa isu? Media menghangatkan isu babi ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka adalah jaguh dalam membela nasib rakyat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan pakatan rakyat. Projek babi sebenarnya adalah rancangan kerajaan sebelum PRU yang leaps. Pihak yang berkepentingan dalam projek itu adalah bumiputera yang berkait rapat dengan UMNO. Sebenarnya mereka yang berkepentingan inilah yang lantang menyuarakan isu ini dengan harapan untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri. Sebenarnya pemikiran rakyat masih dikawal oleh media utama Negara. Walaupun blog-blog tumbuh bagai cendawan selepas hujan termasuk dari kalangan pemimpin BN (malah dijadikan syarat untuk bertanding jawatan) dan rakyat nampak ke arah media alternative semasa PRU lalu, saya sendiri pelik masih ada yang menelan bulat-bulat berita dari media. Kerajaan negeri sekarang dalam proses untuk mencetak risalah dalam jumlah yang besar untuk menjawab fitnah-fitnah dari media. Ini termasuklah lawatan wakil UMNO yang lantang bersuara tentang isu ini bersama babi. Apaun, kita tunggu apa kesudahannya nanti.

 

April 24, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , , | 4 Comments