Mujahid Muda

Sekadar menterjemah apa yang ada di fikiran

Apa dah jadi!!!

Sudah lebih 2 minggu pilihanraya umum ke-12 menutup tirainya, namun kejutan dari keputusan pilihanraya masih dirasai. Semua negeri telah mendapat Menteri Besar masing-masing samada Menteri Besar yang lama kekal ataupun menerima yang baru (kecuali terengganu). Bahkan kerajaan Malaysia telah terbentuk bersama menteri kabinet masing-masing.  Namun keadaan berbeza di Negeri Terengganu yang sehingga kini satu-satunya negeri yang tidak mempunyai Menteri Besar. Jika sebelum ini, isu ini berjaya ditutup oleh media perdana dengan menghalakan serangan ke arah Perak dan Selangor, kini tiba giliran Terengganu selepas isu di Perlis selesai. Cadangan BN untuk mengekalkan Idris Jusoh tidak diperkenan Istana atas sebab-sebab TERTENTU.  Kesannya, pelbagai kata-kata biadap diberikan kepada pihak Istana termasuk campur tangan Peguam Negara yang ‘mengajarkan’ perlembagaan kepada Yang Di Pertuan Agong, al-wathiqubillah Sultan Mizan. Jika di Perak sedikit masa yang dulu, Lim Kit Siang yang mengarahkan semua ADUN DAP memulau majlis angkat sumpah digesa untuk meminta maaf kerana menghina Sultan, kini giliran UMNO pula melakukannya. Bukan setakat memulaukan majlis angkat sumpah, malah mengancam untuk memecat bakal MB dari UMNO sendiri yang diperkenankan Sultan jika calon itu mengangkat sumpah. Apa dah jadi dengan UMNO?

Sultan dan Melayu

Photobucket

Gelaran sultan amat sinonim dengan orang melayu sejak dulu lagi dan telah dibuktikan oleh sejarah sejak dahulu lagi. Apa guna adanya Sultan jika tiada lagi kesetiaan. Walhal, sebelum ini UMNO lah yang bersungguh-sungguh melaungkan perjuangan bangsa Melayu. Mana perginya semanagt melayu yang dilaung-laungkan itu jika perintah  sultan pun diperlekehkan. Isu kesetiaan kepada sultan lebih besar dari DEB yang membangkitkan rasa tidak puas hati UMNO sebelum ini.  Dalam Rukun Negara sendiri disebutkan “kesetiaan kepada raja dan negara“.  Nyata sekali UMNO tidak langsung menghormati negara, malah cuba mencabar kedaulatan raja apabila memilih untuk tidak setia.  Tarbiyah yang diterapkan oleh UMNO menyebabkan lahirkan sepanduk yang menggelarkan pihak istana sebagai natang.  Ada apa pada Idris Jusoh sehingga PM begitu menghendaki beliau memimpin terengganu dan pihak Istana begitu ‘tokse’ kepada Idris. Adakah Idris Jusoh menyimpan rahsia besar di Bilik MB sehingga PM enggan membenarkan sesiapa memasukinya dan hal ini diketahui Sultan? Kita sebagai rakyat biasa tidak tahu. Tiadakah jalan lain untuk menyelesaikan kemelut ini?

Jika berlaku pergeseran sekalipun, tidak bolehkah duduk berbincang berbanding mengeluarkan kenyataan-kenyataan biadap secara terbuka  yang sekaligus mencerminkan sikap mereka yang tidak menghormati kedaulatan sultan. Janganlah kita terkejut jika suatu masa nanti, bangsa lain akan memandang rendah kepada kedudukan Sultan dan Yang di Pertuan Agong kerana kita sendiri yang memperlekehkan sultan.  Apa lagi yang tinggal kepada bangsa Melayu? Inilah orang yang sanggup mengorbankan prinsip demi mendapat kekuasaan. Saya mungkin tidak berasa pelik jika Idris merupakan seorang yang wara’ dan selalu berkhutbah di hari jumaat. Juga seorang ulama dan tuan guru yang sanggup dipertahankan untuk diangkat sebagai pemimpin. Namun, hakikatnya jauh panggang dari api. Lihat saja pembinaan Masjid Kristal yang terang-terangan menunjukkan betapa pembaziran berlaku secara jelas. Siapa yang akan memenuhi masjid sebesar itu atau mungkin ianya hanya untuk daya tarikan pelancong.  Kiblatnya juga dikatakan terpesong. Untuk membetulkannya pun memerlukan pembaziran lagi yang bukan sedikit. Ingatlah, bukan disebabkan untuk bina masjid, semuanya menjadi halal. Masjid dhirar pernah diarahkan oleh Nabi untuk dirobohkan.  Moga kita diberi hidayah untuk terus mendokong perjuangan ISLAM. Janganlah kita mengorbankan prinsip hanya untuk kesenangan yang sementara ini.

UMNO dan Raja Melayu

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama UMNO dan pimpinan mereka bertindak kurang ajar dengan Sultan. Sudah banyak kali mereka menderhaka dan bila ditiru oleh orang lain, mereka menuntut maaf dari orang lain atas kederhakaan tersebut. Lihat saja kes Anuar Musa yang menabalkan Sultan Baru di Negeri KElantan suatu ketika dulu. Itu belum lagi isu melarikan puteri raja untuk membolehkan mereka berkahwin dan peimmpin tersebut diangkat ke taraf menteri pada penggal ini. Alangkah rosaknya akhlak pemimpin negara yang dilantik.  Bagaimana UMNO boleh mendabik dada mengatakan mereka adalah penjaga melayu jika sultan sendiri tidak dihormati.

Watikah yang dikeluarkan siapa sebenarnya yang lebih laku? Memilih untuk menderhaka adalah sesuatu tindakan yang tidak bijak dan mengundang bahaya di masa depan. Rakyat mungkin boleh menilai kembali sokongan yang diberikan pada pilihanraya akan datang. Atau mungkin pilihanraya terengganu akan diadakan semula? Kita tunggu dan lihat saja.

Kita hanya hidup 3 hari. Masa lepas, masa sekarang dan masa hadapan. Jangan dikejar sangat apa yang belum tentu kita akan kecapi.

March 25, 2008 Posted by ririey | isu semasa | | 4 Comments

Kabinet Baru Malaysia

Teka-teki berhubung perlantikan Anggota kabinet Malaysia akhirnya terjawab apabila PM mengumumkannya jam 12 tengahari tadi.  Khairy yang sebelum ini disebut-sebut sebagai salah seorang menteri dilihat tiada dalam senarai . PM akhirnya akur dengan kehendak rakyat untuk tidak meletakkan khairy sebagai Menteri.  Kabinet baru ini agak mengejutkan dengan pengguguran beberapa menteri senior yang menang dalam PRU 12 yang lalu seperti Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Azmi Khalid. Kelihatan perubahan yang agak besar berlaku  dalam percaturan jawatan menteri kali ini  seperti meletakkan Datuk Seri Syed Hamid Albar ke KDN sementara Kementerian Luar yang dipegang sebelum ini diberi kepada Dr Rais Yatim. Menteri Kerja Raya yang secara tradisi dipegang MIC (baca : samy vellu) beralih kepada UMNo dan dipegang oleh Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. Menteri yang bakal menguruskan mahasiswa diberi kepada Datuk Khaled Nordin selepas dilihat Tok Pa gagal melakukannya. Tok Pa yang menang di Parlimen Jeli diletakkan di Kementerian Pertanian dan Asas tani menggantikan tan Sri Muhyidin yang berpindah ke MITI. MITI sebelum ini dipegang oleh Datuk Seri Rafidah yang digugurkan. Kekurangan calon Parlimen BN pada kali ini mendorong perlantikan senator kepada beberapa ahli senior untuk membolehkan menganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri. PM sebelum ini mengumumkan calon-calon yang kalah dalam PRU tidak akan dilantik ke jawatan kabinet.

Perdana Menteri – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Razak

Menteri di JPM -
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Seri Nazri Aziz
Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham Abd Aziz

Kementerian Kewangan – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Kewangan II – Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Kementerian Pertahanan – Datuk Seri Najib Razak

Kementerian Dalam Negeri – Datuk Seri Syed Hamid Albar

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Pelajaran – Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Kementerian Luar – Datuk Seri Dr Rais Yatim

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Peter Chin Fah Kui

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan – Datuk Mohd Shafie Apdal

Kementerian Pengajian Tinggi – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Mustapa Mohamed

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Maximus Ongkili

Kementerian Pelancongan – Datuk Seri Azalina Othman Said

Kementerian Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Douglas Unggah Embas

Kementerian Pengangkutan – Datuk Ong Tee Keat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Dr Ng Yen Yen

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Datuk Noh Omar

Kementerian Kerja Raya – Datuk Ir Mohd Zin Mohamed

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi – Datuk Shaziman Abu Mansor

Kementerian Kesihatan – Datuk Liow Tiong Lai

Kementerian Penerangan – Datuk Ahmad Shaberry Cheek

Kementerian Sumber Manusia – Datuk Dr S Subramaniam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Shahrir Samad

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Ong Ka Chuan

Kementerian Belia dan Sukan – Datuk Ismail Sabri Yaacob

March 18, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , | No Comments Yet

Menatang dulang paku serpih

Alhamdulillah, ketika tulisan ini ditulis, Ngeri Selangor telah mendapat MB yang baru sementara Perak telah selesai perbincangan tentang pembahagian kerusi exco kerajaan negeri dan perlantikan calon PAS sebagai Menteri Besar akan boleh dilakukan pada bila-bila masa menurut perkenan tuanku (jangkaan Isnin). Walaupun pelbagai cerita dongeng dicipta oleh media kerajaa, namun rakyat sebagai bijak menilai akan kebenaran. Kelahiran akhbar alternatif mampu menangkis pelbagai tohmahan yang diberikan kepada pakatan Barisan Rakyat.

Sikap melaga-lagakan pakatan Barisan Rakyat akhirnya memakan diri apabila 2 negeri yang dimenangi BN bermasalah dalam menentukan calon MB. Negeri Terengganu (sehingga artikel ini ditulis) masih belum mempunyai MB kerana berlaku perebutan jawatan MB. Hasrat Idris untuk kekal sebagai MB bagaimana pun sedikit tergugat kerana difahamkan 2 nama lain turut dicadangkan iaitu ADUN Chukai dan Adun Ajil. Begitu juga dengan Negeri Perlis, jika sebelum ini Barisan Rakyat dikatakan pempunyai masalah dengan Sultan, sekarang BN sendiri dilihat ingin mencabar perkenan Raja Perlis yang juga merupakan bekas SBP YDA. Raja Perlis berkenan melantik Adun Bintong, Md Isa Sabu dalam kenyataaan yang dikeluarkan kepada media melalui setiausaha sulit baginda. Perlantikan Md Isa Sabu dibuat mengikut peruntukan undang-undang Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

“Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri”.

 Sementara itu, Shahidan dilihat tidak bersedia untuk menerima perkenan Raja Perlis dengan memberi alasan beliau telah mendapat watikah perlantikan dari PM untuk diserah kepada Raja. Jika difikirkan secara logik akal, bagaimana seseorang itu ingin menjadi penasihat Raja (baca : MB) jika dia tidak disokong oleh tuanku sendiri.  Sikap ‘pongoh’ Shahidan sehingga mengeluarkan kenyataan ‘‘Jadi siapa angkat sumpah (selain daripada saya), dia dianggap bukan (dapat sokongan) BN. Jadi saya akan jadi pembangkanglah,”  menunjukkan seolah-olah beliau mencababar Raja. Adakah ini yang dinamakan semangat melayu yang dilaungkan oleh BN selama ini? Jika Cina yang tidak menyokong Sultan dikatakan menderkahaka boleh memohon maaf, kenapa tidak MELAYU yang mengaku memperjuangkan agenda melayu melakukan perkara yang sama? malah berusaha untuk mendapatkan jawatan itu juga. Adakah kuasa akan menggugat agenda perjuangan yang itu?atau pun Shahidan ingin menjadi penderhaka?  Jawapannya ada pada shahidan.

Apa yang ingin ditegaskan disini, sebelum anda menuding jari berkata kepada orang lain, renung2kan lah diri sendiri dahulu. Janganlah kuman diseberang laut nampak, tapi gajah depan mata tidak nampak. Allah itu Maha Adil. Nabi pun ada memperi peringatan supaya sesuatu kaum itu janganlah menghina sesuatu kaum yang lain kerana boleh jadi yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Jadi, renung-renungkanlah akan hal ini. Peringatan ini adalah untuk diri kita sendiri juga yang sering kali melihat kesilapan orang dan suka mencelanya.

Apapun, biarlah masa yang menetukannya.

March 15, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , | 1 Comment

8 Mac yang bersejarah

Tanggal 8 Mac bukan sekadar tarikh biasa buatku, malah juga buat seluruh rakyat Malaysia dengan tersungkurnya keangkuhan BN ditangan rakyat apabila dinafikan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan hilang lagi cengkaman ke atas 4 negeri. Meskipun masih memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia, namun kerajaan BN tidak lagi boleh sewenang-wenangnya memerintah mengikut hawa nafsu. Ternyata, pandangan rakyat yang merupakan ‘Raja’ tidak boleh diabaikan sama sekali. Barangkali kemenangan selesa pada 2004 telah menidurkan para pimpinan negara dan rakyat selamanya tidak boleh ditipu. Penolakan golongan muda pada PRU 12 yang lepas menunjukkan golongan bakal pewaris kepimpinan negara inginkan perubahan dan mendambakan kerajaan yang boleh menjaga kebajikan rakyat. Konsep negara berkebajikan yang ditawarkan pembangkang menarik minat golongan ini. Sebagai contoh, keputusan pengiraan undi di UPU Chabang Empat (saluran 3-pengundi muda/pengundi baru), undi golongan ini lebih 4 kali ganda memihak kepada pembangkang. Satu mesej jelas dari golongan ini.

Kecundangnya menteri-menteri besar di Kedah, Perak dan Selangor serta terkuburnya hasrat Gerakan untuk terus menguasai Pulau Pinang dilihat sebagai tsunami politik. Jika PRU-11 tahun 2004 yang lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya menang tipis 1 kerusi parlimen dijangka akan terkubur pada tahun ini, namun sebaliknya yang berlaku. Bukan setakat mampu mempertahankan Parlimen sedia ada dengan majoriti yang jauh lebih besar, malah berjaya menambah kerusi sehingga mampu menguasai Selangor, negeri yang dikatakan paling maju di Malaysia. Banyak faktor yang mendorong kejayaan Barisan Rakyat dalam PRU-12 yang lalu. Kos sara hidup yang meningkat naik antara faktor rrakyat memberi undi protes kepada kerajaan. Selain sikap PM yang berdolak dalik turut memualkan rakyat di peringkat bawahan termasuk dari kalangan BN sendiri. Saya menulis di atas kapasiti pendapat-pendapat rakyat pelbagai fahaman yang memberi ulasan ketika ditanya faktor kekalahan teruk BN. “Saya belum dapat ilham bila nak bubar parlimen”- kenyataan yang bersifat main-main ini menunjukkan ketidakseriusan PM dalam mentadbir negara. Mana mungkin urusan yang begitu besar hanya akan dibuat bila dapat ilham seolah-olah pembubaran parlimen tidak ubah seperti watak Sarip Puisi dalam majalah humor yang menunggu ilham untuk menulis puisi. Lihat juga menjelang pembubaran parlimen, sehari sebelum pembubaran parlimen PM menegaskan Parlimen tidak akan dibubar, tetapi sebaliknya berlaku.  Ditambah pula dengan penguasaan Khairy ke atas setiap tindakan beliau turut membawa kepada protes rakyat ini.

Penguasaan banyak kerusi Parlimen oleh Barisan Rakyat dijangka akan menghangatkan lagi persidangan Dewan Rakyat. Suara-suara lantang yang bakal menggegarkan Parlimen seperti Mahfuz Omar, Ibrahim Ali, Nasharuddin Mad Isa, Hatta Ramli, Saifudin Nasution dan Azmin (sekadar menyebut beberapa nama) dijangka akan menghangatkan lagi perbahasan. Sayang sekali Mohamad Sabu yang kalah tipis dengan bantuan undi Pos tidak dapat turut serta, jika tidak, sesuatu yang lebih menarik pasti berlaku.

Kemenangan Barisan Rakyat ini turut mengundang rasa tidak puas hati segelintir pemimpin politik yang kalah. Namun itu semua adalah resam dalm politik. Bila kalah, mcam-macam boleh dikatakan. Cumanya, sedikit terkilan dengan kebodohan segelintir manusia yang mengakui sebagai penganalisis politik yang mendesak Barisan Rakyat menurunkan harga petrol seperti yang terkandung dalam manifesto. Desakan yang tidak berasas ini menyerlahkan kebodohan mereka yang semacam tidak mengetahui yang BN masih memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Media-media juga sering kali memainkan isu perkauman seolah-olah tidak menghormati pilihan rakyat yang melakukan kejutan baru-baru tanpa sedar yang rakyat lah yang membayar gaji-gaji mereka.  Keadaan bahaya ini jika tidak dibendung, boleh mendorong kepada rusuhan kaum. Adalah tidak adil untuk menghukum kerajaan pilihan rakyat yang baru tidak sampai 5 hari memerintah sebagai meminggirkan kaum Melayu. Adakah melayu Pulau Pinang terbela dalam pemerintahan 50 tahun pemerintahan BN? Saya cuma meluahkan pendapat tentang kewajaran menghukum sesuatu kerajaan yang baru memerintah. Jika perkauman yang dijadikan ukuran, kenapa Gerakan yang dianggotai oleh kaum cina tidak dipertikai selama pemerintahan mereka selama 30 tahun sedangkan melayu sudah lama tertindas di sana sedangkan DAP yang turut disertai Melayu yang baru memerintah selama 3 hari diprovoke dengan pelbagai unsur negatif. Biarlah rakyat Penang yang menentukan. Jika dikatakan pemerintahan Pulau Pinang meminggirkan kaum melayu, apakah pemerintahan sebelum pembubaran parlimen yang lalu menjulang bangsa melayu di Pulau Pinang. Apakah terbela nasib melayu di Pulau Pinang di sepanjang pemerintahan BN? Apakah beza pemerintahan Pulau Pinang sebelum dan selepas pilihanraya? Media usahlah melaga-lagakan rakyat. Tidak cukup lagi kah fitnah yang dilemparkan sepanjang kempen pilihanraya yang lalu. Kepada rakyat yang masih celik hati, usah terpedaya kepada fitnah yang dilemparkan kepada Barisan Rakyat. Rujuklah media alternatif yang lain seperti harakahdaily atau malaysia today untuk mendapatkan berita yang lebih adil. Baca kedua berita dan renungkanlah dengan mata hati sesuai dengan hadith junjungan besar yang bermaksud,Apabila datang dua orang yang bertengkar (yang inginkan perbicaraan) di hadapanmu maka janganlah kamu (hakim) memutuskan keputusan bagi yang pertama sehinggalah kamu mendengar penjelasan dari pihak lain sebagaimana yang engkau dengari dari pihak yang pertama, kerana ia lebih tepat dan baik untuk memandumu dalam menetapkan hukum (atau keputusan)” ( Riwayat Abu Daud, no 3582, 3/301 ; Al-Hakim, Shohih ; Al-Ahkam As-Sultaniyah, 1/75 : Al-Ahadith Al-Mukhtarah, 2/388  ;  hadith hasan menurt Imam Ibn Hajar ; Fath Al-Bari, 13/171 )

Disebalik kemenangan yang tidak terduga ini, diharapkan kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ini tidak hanyut dengan ujian ini. Diharapkan, janganlah hendaknya gelaran Menteri Besar atau Ketua menteri atau Exco hatta YB sekalipun mengorbankan prinsip perjuangan yang dipegang selama ini. Janganlah kita leka dengan ujian kemenangan ini. Laksanakan janji-janji yang mampu dilaksanakan.

Sementara itu, kegagalan Umno di Kelantan pula antaranya dikatakan disebabkan perilaku En. Awang Adek yang tidak habis-habis mendakwa dirinya sebagai bakal MB kelantan yang baru. Kenyataan ini bukan sahaja tidak disukai oleh penyokong PAS, malah turut tidak digemari oleh penyokong Umno sendiri kerana kelihatan ‘agah’. Percaturan UMNO untuk membawa balik sejumlah rakyat Kelantan pulang mengundi membawa padah apabila mereka memilih kepimpinan Ulama untuk terus menerajui kerajaan negeri. Sokongan rakyat Kelantan di perantauan kepada Tuan Guru jelas kelihatan di Majlis ttemu mato anok klate di Masjid Wilayah dan Hotel Nikko berbanding kehadiran mereka ke Majlis bersama PM di Stadium Bukit Kiara. Entah berapa juta ditabur untuk rakyat Kelantan termasuk menyediakan tambang walaupun tinggal di Malaysia Timur. Mungkin geram dengan kekalahan ini, kedengaran seorang calon BN yang kalah dengan nada marah berkata “hok mano ambik pitih, tapi xngundi aku, aku tok halal”. Amboi, bukan main latah.

Photobucket 

Photobucket

Disebalik faktor-faktor yang disebutkan, yang paling penting adalah doa yang mustajab oleh orang yang teraniaya. Kehadiran lebih kurang 50 000 rakyat Kelantan bermunajat di Stadium Sultan Muhammad ke-iv Kota Bharu pada awal pagi Jumaat  7 Mac 2008
Photobucket
dan tangisan rakyat yang dizalimi diangkat tanpa hijab. Semuanya adalah dari Allah dan kemenangan ini adalah pemberian dari Allah. Kalau tidak, siapakah lagi yang mampu membolak balik hati pengundi hantu itu?
Photobucket

Disebalik kegembiraan ini, aku turut bersimpati dengan kesedihan sahabat-sahabat dari Terengganu. Ramai sahabat baik ku dari sana menyatakan rasa kesalnya dengan kemenangan Umno Terengganu. Kebanjiran bas-bas yang tidak dikenali (termasuk penumpangnya) menguatkan lagi hujahnya akan kehadiran pengundi hantu ke Terengganu.

Apapun, kemenangan Barisan Rakyat di beberapa negeri digunakan oleh SPR untuk membuktikan ketelusan dan kesaksamaan suruhanjaya itu dalam mengndalikan PRU. Walhal, semua rakyat sudak jelik dengan penyelewengan yang terang-terangan dilakukan mereka. Moga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia untuk terus menyokong Parti Islam dan sesiapa saja yang mendambakan keadilan ummah.

Diam tak diam, sudah hampir 3 tahun blog kecil ini berfungsi.
Dukacita dimaklumkan, mungkin ini adalah post terakhir di blog ini kerana kandungannya hampir mencapai had yang dibenarkan. Semoga berjumpa lagi di blog yang lain. Terima kasih di atas sokongan. Berkenaan rahsia 8 mac (part 2), atas nasihat seorang teman, post tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Hajat dihati ingin publish pada 8 Mac 2008, namun terpaksa ditunda. Siapa tahu, mungkin pada 8 Mac 2009 atau 8 Mac 2010. Semuanya bergantung kepada pinjaman umur dari Allah Taala.

March 14, 2008 Posted by ririey | isu semasa | , , | No Comments Yet

Salam Perkenalan

Terima kasih atas kunjungan. Blog ini masih dalam pembikinan. tunggu kemunculannya nanti

March 12, 2008 Posted by ririey | Uncategorized | | No Comments Yet